Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Madrasah Moden Bakal Lahir Ramai Ilmuwan Agama


Penubuhan Madrasah Moden bakal melahirkan lebih ramai ilmuwan dan tokoh berpendidikan agama setanding dengan institusi pendidikan agama lain di negeri ini.
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata,penubuhan madrasah atau lebih dikenali pondok moden bertujuan mengimbangi sistem pendidikan biasa dan agama yang memberi peluang kepada rakyat negeri ini membuat pilihan.
Ketika ini, katanya tiga madrasah moden masing-masing di Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Besut, beroperasi untuk memenuhi permintaan ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak mereka belajar di pusat pendidikan berkenaan.
Madrasah Moden yang diilhamkan oleh Menteri Besar, sejak ditubuhkan tiga tahun lalu kini mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk negeri ini.
"Saya bangga dengan sambutan diberikan orang ramai yang berebut-rebut memilih pusat pengajian itu," katanya pada majlis Sambutan Ulang Tahun Ke 3 Madrasah Moden Maidam Kampung Padang Landak,Jertih, semalam.
Sempena ulang tahun itu, kira-kira 3,000 penduduk Daerah Besut, turut diraikan dalam majlis berbuka puasa bersama kepemimpinan kerajaan negeri.
Hadir sama, isteri menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria, Ketua UMNO Bahagian Besut, Nawi Mohamad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, Dato' Muhammad Pehimi Yusof, ADUN Kota Putera, Mohd Mahdi Musa, Pegawai Daerah Besut, Wan Ismail Sahaimi Wan Omar, Yang Dipertua Maidam, Dato' Shaikh Harun Shaikh Ismail dan Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato' Wan Mohd Ibrahim.
Pada majlis itu, Menteri Besar dan isteri turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 100 golongan kurang berkemampuan di DUN Jertih.
Ahmad Razif berkata, selepas tiga madrasah moden sedia ada mendapat sambutan kerajaan negeri akan membina sebuah lagi madrasah moden di Dungun tidak lama lagi.

No comments: