Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kerajaan Negeri Terima RM11.67 Juta Royalti TNB

Ahmad Razif menerima replika cek berjumlah RM11.67 juta sebagai bayaran royalti penggunaan air dan lesen takungan air tahun kewangan 2017 oleh Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud (SJSM), Kenyir Bahagian Penjanaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang diwakili Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) TNB, Ir Azman Talib di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kassim.

Kerajaan negeri hari ini menerima bayaran royalti penggunaan air dan lesen takungan air tahun kewangan 2017 berjumlah RM11.67 juta oleh Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud (SJSM), Kenyir Bahagian Penjanaan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pembayaran tersebut dibuat setiap tahun sejak 1985 (tahun stesen mula beroperasi) oleh SJSM Kenyir (TNB) kepada kerajaan negeri berdasarkan kepada satu perjanjian yang ditandatangani antara kerajaan negeri dan TNB (pada waktu itu LLN-Lembaga Lektrik Negara) pada 24 Ogos 1987.

Katanya, perjanjian Tambahan Pertama telah ditandatangani pada 19 Julai 2000.

“Amaun RM11.67 juta yang diterima hari ini adalah berdasarkan kepada Perjanjian Tambahan Kedua yang ditandatangani pada 18 November 2008 berdasarkan kepada bayaran tahunan untuk lesen takungan dan penggunaan air.

“Jumlah bayaran tahunan untuk lesen takungan air adalah sebanyak RM3,673,000 manakala untuk penggunaan air pula adalah sebanyak RM8,000,000,” ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pembayaran Royalti Penggunaan Air dalLesen Takungan Air Bagi Tahun Kewangan 2017 TNB Kenyir di Wisma Darul Iman, hari ini.

Turut hadir, Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) TNB, Ir Azman Talib.

Menurut Ahmad Razif, perjanjian Tambahan Kedua akan tamat pada 23 Ogos 2017 dan kerajaan negeri akan meneruskan perjanjian yang seterusnya dengan TNB.

“Sepanjang perjanjian dimeterai, pihak TNB telah membayar keseluruhan sebanyak RM195 juta kepada kerajaan negeri dan bayaran ini merupakan satu hasil yang kita perolehi berasaskan kepada royalti,” ujarnya.

No comments: