Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kerabu Sare Makanan Eksotik Memikat Selera



Kerabu Sare merupakan satu menu eksotik di bulan Ramadan yang sukar didapati dan hanya terdapat di Pantai Timur terutamanya Terengganu dan Kelantan.

Tinjauan Teganukita ke bazar-bazar Ramadan sekitar Hulu Terengganu mendapati penjualan kerabu Sare masih mendapat permintaan tinggi oleh penggemar makanan unik ini.

Sare ialah sejenis rumpai laut yang dikeringkan dan boleh disimpan lama sehingga berbulan-bulan malah bertahun. Selalunya sare' hanya dibuat kerabu dan dimakan bersama-sama dengan nasi sebagai lauk sampingan.

Menurut seorang peniaga, Saloma Yusof,40, sare direndam satu malam, kemudian dibasuh, digosok untuk mengasingkan segala kekotorannya.

 "Apabila bersih, tumbuhan itu ditoskan dan dijemur,sebelum bermulanya proses membuat kerabu.Sare perlu dibersihkan dan direndam selama satu malam dan sentiasa ditukar air. Esoknyer cuci bersih dan jemur panas sehingga sare bertukar warna hitam ke putih.

"Kemudian barulah di celur dan di makan bersama dengan sambal tumis dan sambal kelapa.Di sinilah keenakannya terasa apabila gabungan rasa masam,manis dan sedikit pedas tu benar-benar mengecurkan si pengemarnya,"katanya ketika ditemui di Bazar Ramadan Kuala Ping,hari ini.

Namun kerana kekangan masa, Saloma membeli terus sare yang telah siap diproses untuk dijual kepada pelanggan tetapnya di bazar.

Seorang pembeli, Salleh Othman,46, yang ditemui berkata, kerabu Sare merupakan  satu makanan wajib yang dicari apabila tiba bulan Ramadan.

Apabila ditanya apakah keunikan kerabu sare,beliau berkata rasanya unik dan berbeza dengan kerabu lain yang biasa dijual.

"Rasa sare ini istimewa, tak jumpa pada kerabu-kerabu lain..bila kita makan dan kunyah, bunyi ranggupnya..rasailah sendiri sebab tak kenal maka tak cinta.Sare ni juga sedap di makan dengan Nasi Kerabu.

"Semua anak-anak saya gemar kerabu sare dan kalau beli kat bazar biasanya lima bungkus pun tak cukup kalau kena dengan sambal dan kuahnya,"katanya lagi.

No comments: