Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kelab WDI Agih 2,500 Bekas Bubur Lambuk

Nawawi bersama ahli kelab WDI bergotong royong memasak bubur lambuk. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail

Lebih 2,500 bekas bubur lambuk diedarkan Kelab Wisma Darul Iman kepada pengguna jalan raya, ahli kelab dan pelanggan sempena Program Memasak Bubur Lambuk di perkarangan Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Proses memasak 15 periuk bubur lambuk secara bergotong-royong sesama ahli kelab yang turut disertai Pengerusi Kelab WDI yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.


Turut serta, Timbalan Setiausaha Kerajaan  (Pembangunan) Dato’ A Rahman Yahya.

Bermula daripada kerja-kerja merebus beras, menyiang ikan, ulam-ulaman, menyediakan pelbagai bahan mentah sehingga pengagihan kepada penguna jalan raya, semuanya dijalankan secara bergotong royong sesama ahli kelab.

Tugasan  yang bermula  seawal jam 8.00 pagi itu diagihkan mengikut  kelab masing-masing, antaranya Niners, Helang, Tiger, Virus,  Urus, Perbendaraan dan Permata perlu memasak sekurang-kurangnya seperiuk atau lebih.


Wan Nawawi berkata,  program julung kali diadakan itu bertujuan merapatkan hubungan antara ahli kelab, selain mahu merapatkan silaturahim antara pelanggan yang sering berurusan.

“Saya berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang berikutan banyak manfaat diperoleh,”katanya.



No comments: