Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Imarah Ramadan Dengan Tadarus Al-Quran

Ahmad Razif ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Program Tadarus al-Quran (Wanita) Anjuran LKPIM Kuala Nerus di Masjid Al-Abrar, Seberang Takir. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kassim

Kira-kira 300 warga Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) Kuala Nerus dan masyarakat setempat menyertai program Tadarus al-Quran di Masjid Al-Abrar, Seberang Takir.

Program anjuran LKPIM itu turut mendapat kerjasama Penyelaras Wanita DUN Seberang Takir dan Persatuan Wanita Sedar (Surianita) Kuala Nerus.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, sambutan terhadap program keagamaan seperti tadarus al-Quran begitu menggalakkan khususnya di bulan Ramadan.


“Saya lihat, diseluruh Terengganu bahawa program tadarus al-Quran ini dijalankan begitu baik sekali.

“Aktiviti ini diadakan di setiap masjid samada antara selepas pada terawih atau selepas pada subuh dan ianya secara tidak langsung dapat mengimarahkan bulan mulia ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program Tadarus al-Quran (Wanita) di Masjid Al-Abrar, Seberang Takir, semalam.

Katanya, semua pihak harus memainkan peranan bagi memastikan program-program keagamaan seperti ini menjadi budaya khususnya dalam kalangan generasi muda.


Sementara itu, Ahmad Razif berkata kerajaan negeri tidak mewajibkan semua masjid dan surau di negeri ini melaksanakan solat sunat tarawih 20 rakaat.

“Ianya bergantung kepada setiap masjid dan surau itu dan ianya bukan paksaan.

“Cuma kita berikan galakkan, mana-mana masjid dan surau yang hendak laksanakan 20 rakaat tidak ada masalah,” ujarnya.

No comments: