Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Hadiah lebih RM4,000 Jadi Rebutan Futsal Sahur

Ahmad Razif cuba menyepak bola ketika melancarkan program Cabaran Futsal Sahur Tertutup Seberang Takir 2017 yang bermula semalam di gelanggang futsal Arena Sport Centre, Gong Badak, tengah malam tadi. Foto oleh Zulkipli CW Putra

Sebanyak 66 pasukan berentap bagi merebut hadiah keseluruhan lebih RM4,000 sempena Cabaran Futsal Sahur Tertutup Seberang Takir 2017 di gelanggang futsal Arena Sport Centre, Gong Badak, bermula semalam.

Kejohanan  tahunan berlangsung dua hari yang turut menawarkan hadiah cabutan bertuah anjuran Pemuda UMNO Seberang Takir.

Pengerusi penyelarasnya, Nik Farizal Nik Jaafar berkata, sambutan penganjuran pada edisi ini sangat baik apabila melebihi sasaran awal 48 pasukan sejak dianjurkan bermula 2014.


"Kali ini juga kita buat sedikit kelainan apabila membuka penyertaan secara terbuka berbanding dua  pasukan setiap cawangan sebelum ini menyebabkan bertambah sebanyak 16 pasukan dengan penglibatan keseluruhan lebih 600 peserta.

“Kejohanan ini juga disertai tiga pasukan jemputan iaitu Pasukan  Gerakan Am (PGA), Gong Badak  yang menghantar  lima pasukan, dua pasukan daripada  Batalion ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (18 RAMD) dan Balai Polis Gong Badak (1 pasukan).


Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Cabaran Futsal Sahur Tertutup Seberang Takir 2017 yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Dalam pada itu, Ahmad Razif yang juga ADUN  Seberang Takir menyambut baik usaha yang dilakukan itu dan menyifatkan ia merupakan satu transformasi orang muda (TOM) yang juga aktiviti bermanfaat sepanjang Ramadan.

Menurutnya, aktiviti sukan sebegini secara tidak langsung dapat mengelakkan daripada berlakunya kes-kes merempit, lumba haram dan sebagainya.


“Kerajaan sedia membantu dalam menjayakan program sebegini  dan mereka boleh menggunakan kemudahan disediakan bagi dilaksanakan pada skala lebih besar.

“Saya lihat sekiranya program-program sukan sebegini dapat terus diperkasakan, InsyaAllah tidak ada lagi  gejala-gejala sosial melibatkan golongan muda di negeri ini  berlaku pada masa akan datang,” katanya.

No comments: