Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

ECERDC Agih Bubur Lambuk



Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) mengagihkan sebanyak 1,500 bungkus bubur lambuk sempena Program Jalinan Kasih Empower Hulu Terengganu kepada pengunjung bazar Ramadan, di Kuala Berang hari ini.

Penyediaan bubur tersebut dilakukan oleh 30 peserta latihan kemahiran dan
keusahawanan Empower Hulu Terengganu bersama penduduk setempat yang berkonsepkan budaya kerja sukarela malahan menanamkan semangat sukarelawan di kalangan mereka.

Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato’ Jailani Johari berkata program tersebut dapat menjalinkan silaturahim antara peserta Empower ECER dengan penduduk setempat sempena bulan Ramadan ini.

"Program sebegini perlu diperbanyakkan kerana ianya dapat menunjukkan budaya kerja
cemerlang dalam pengurusan ECERDC di samping menanamkan semangat sukarelawan di kalangan mereka yang terlibat dan ianya perlu di contohi oleh agensi-agensi lain," katanya kepada Teganukita selepas selesai pengagihan bubur lambuk kepada pengguna jalan raya dan pengunjung bazar ramadan di Kuala Berang,hari ini.

Turut hadir, Pengurus Pejabat Negeri Terengganu ECERDC,Razlee Hassan.

Sementara itu,Razlee berkata salah satu tujuan program ini adalah untuk membantu dan menawarkan bubur   lambuk secara percuma kepada masyarakat setempat,  golongan miskin dan tua, masjid dan surau terdekat.

"Selain itu juga,peserta dapat menjalankan kerja-kerja ibadah dan Empower  ECER  dapat menjalinkan   hubungan rapat antara masyarakat semasa bulan Ramadhan,"katanya.

No comments: