Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Dana Raya : Terima Kasih Kerajaan

Engku Aina
Rata-rata penerima bantuan Dana Raya tahun 2017 amat berterima kasih dan gembira dengan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Terengganu kerana mampu meringankan bebanan mereka untuk membuat persiapan lebaran kurang seminggu dari sekarang.
Seorang penerima, Engku Aina Izzah Engku Mat, 26, Pegawai Khidmat Pelanggan Yayasan Islam Terengganu memanjatkan rasa syukur kerana masih menerima dana raya untuk kali yang kedua sejak tahun lalu dan bantuan itu dapat menampung perbelanjaannya untuk membuat persiapan hari raya.
"Alhamdulillah. Terima kasih kerajaan dengan bantuan ini. Bukan semua dapat menikmati dana sepertimana yang disediakan oleh kerajaan negeri ini,"katanya.
Mohamad Hasifi

Seorang pelajar Universiti Kolej Bestari, Setiu pula Mohamad Hasifi Mustapa,24, mengucapkan terima kasih dengan inisiatif kerajaan Terengganu yang tidak lupa untuk memberi dana kepada golongan pelajar seperti mereka.
"Sememangnya dana ini sangat membantu kami, ini kerana kami tidak mempunyai pendapatan yang tetap, dengan bantuan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan dapat dijadikan sebagai perbelanjaan harian”, katanya.

Mardiah
Sementara kakitangan syarikat swasta, Mardiah Suhanim Mohamad, 34, berkata, dengan dana raya yang diberikan oleh kerajaan ini dapat membantunya membeli pakaian raya anak-anak dan barang dapur.
 “Terima kasih Kerajaan Terengganu kerana memberi dana kepada golongan yang berpendapatan rendah seperti saya.
“Malah, hanya Kerajaan Terengganu sahaja yang memberi bantuan seperti ini. Saya berbangga menjadi rakyat Terengganu,” katanya yang telah menerima dana buat kali kelima tahun ini.
Untuk rekod, kerajaan negeri memperuntukkan RM88.7 juta bagi bantuan Dana Raya 2017 yang membabitkan seramai 239,323 penerima di negeri ini tahun ini.
Bantuan melalui kaedah baucer kepada mereka yang layak sudah diagihkan sejak 27 Mei lalu.
Jumlah itu mencatatkan peningkatan berbanding RM81.3 juta yang diperuntukkan kepada kira-kira 219,754 anak negeri pada tahun lalu.

No comments: