Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Belia Perlu Setia Bersama Kerajaan- Ghazali


Golongan belia perlu terus bersama kerajaan dan jangan biarkan negara ini dijajah semula, kata Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Dan Multimedia Negeri, Ghazali Taib.

Jelas Ghazali lagi,golongan ini diminta merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan untuk kebaikan rakyat khususnya di negeri ini.

"Kerajaan telah menyediakan pelbagai peluang pekerjaan untuk golongan muda dan jangan mempersiakan apa yang telah ada kerana peluang ini sukar didapati di negara lain.

"Ini kerana parti yang memakmurkan negara kita adalah Parti Barisan Nasional dan sebab itulah kita dapat banyak faedah daripadanya termasuk pelbagai peluang yang tidak harus dipersiakan demi masa depan yang terbaik,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penerangan Transformasi Terengganu Baharu(TTB) Dan Berbuka Puasa Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu (MBDHT)di Kuala Berang,hari ini.


Hampir 250 orang golongan belia hadir di majlis tersebut yang merupakan program tahunan MBDHT sebagai penghargaan kepada mereka.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Belia Negeri, Zaidi Muda dan Pegawai TTB Kuala Terengganu, Sofian Basri.

Sementara itu, Sofian berkata golongan belia merupakan antara tunjang kekuatan kepada pemerintahan negara.

"Oleh itu, saya menyeru kepada golongan belia berilah sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum  akan datang.

"Kita perlukan sokongan mereka demi kelangsungan kerajaan sedia ada dan juga generasi akan datang demi memimpin negara ke arah yang lebih cemerlang,"katanya lagi.

No comments: