Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Bawa Pulang Motosikal Di Majlis Berbuka Puasa Perantau Bersama MB


Ramadan kali ini buat seorang kakitangan Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi, Selangor, amat bermakna apabila muncul pemenang utama cabutan bertuah di Majlis Berbuka Puasa Perantau Bersama YAB Menteri Besar dan Kepimpinan Negeri Terengganu, di Perkarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Presint 3, Putrajaya, malam tadi.

Amirah Sofia Saidi, 32, yang berasal dari Kuala Terengganu berkata, dia langsung tidak menduga namanya tiba-tiba dipanggil naik ke pentas untuk menerima hadiah berupa Motosikal Honda Wave selepas pemenang yang disebut pada awalnya tidak muncul.


"Perasaan saya sangat teruja dan tidak menyangka kerana ini merupakan kali pertama saya memenangi hadiah utama cabutan bertuah sepanjang hidup saya.

"Apatah lagi apabila saya memenangi sebuah motosikal. Saya bagaikan tidak percaya ketika nama saya diumumkan dan selepas disebut kali kedua barulah saya yakin rezeki memihak kepada saya," katanya.


Menurut Amira lagi, dia berhasrat menggunakan motosikal untuk kegunaan sekeluarga dan berterima kasih kepada penyumbang hadiah itu, Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Dato' Mohd Sabri Alwi.

Selain motosikal, pelbagai barangan bernilai lain disediakan penganjur menerusi sumbangan pemimpin politik negeri sempena program tahunan yang menghimpunkan lebih 10,000 anak Terengganu di Kuala Lumpur dan Lembah Kelang.

Hadiah lain termasuk peti sejuk, televisyen, vakum, oven dan ketuhar.

No comments: