Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Bakal Jemaah Haji Musim Ini Tidak Perlu Bimbang Krisis Melanda Timur Tengah - Pengerusi TH


Seramai 33,000 bakal jemaah haji Malaysia yang dijadualkan ke Tanah Suci bagi menunaikan haji musim ini tidak perlu bimbang dengan keselamatan mereka, walaupun negara Timur Tengah itu sedang berdepan krisis, kata Pengerusi Tabung Haji (TH) Dato' Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
Beliau berkata, konflik melanda antara Arab Saudi dengan Qatar itu tidak memberi kesan terhadap perjalanan dan kuota haji yang sudah diputuskan Arab Saudi kepada Tabung Haji sebelum ini.
"Kita sudah melakukan penyusunan yang rapi dan tidak nampak ada masalah atau kesan daripada krisis itu, malah jumlah kuota haji yang ditambah Raja Salman kepada Perdana Menteri (Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak) baru-baru ini tetap sama dan tidak berubah.


"Semua jemaah juga sudah selesai diedarkan surat kelulusan dan telahpun membuat persiapan masing-masing untuk berlepas pada waktu yang ditetapkan. Kita doakan tiada gangguan di sana," katanya ketika ditemui pada Majlis Ziarah Kasih dan Berbuka Puasa bersama Penduduk Parlimen Kuala Nerus di Hotel TH, Kuala Nerus, semalam.

Turut hadir, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.


Di majlis itu, seramai 1,000 terdiri daripada golongan miskin di Kuala Nerus menerima sumbangan RM300 seorang daripada Yayasan Tabung Haji.
Mengulas lanjut, Abdul Azeez berkata, jemaah haji yang menunaikan haji dengan TH akan berlepas dengan penerbangan pertama pada 24 Julai dan terakhir pada 24 Ogos ini.
"Jemaah tidak perlu bimbang dan paling penting semua jemaah mengikut segala arahan yang dikeluarkan Tabung Haji.

"Kita mempunyai jentera (kakitangan) yang mencukupi untuk melaksanakan tugas dan melancarkan urusan para jemaah dengan selamat," katanya.


No comments: