Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Anak Yatim Hulu Terengganu Ceria Terima Baju Raya

Muhammad Akif Irfan Mohd. Syawal, bersama Ibunya Anisha Jusoh dan Adiknya Muhammad Aqil Isyraf.


Kemeriahan Ramadan dan menjelangnya Hari Raya Aidilfitri setiap tahun bagi anak-anak yang kehilangan ibu atau bapa atau pun kedua duanya akan terasa jika diraikan oleh pihak lain seperti keluarga sendiri.

Ini jelas kelihatan kepada adik Muhammad Akif Irfan Mohd. Syawal, 11, yang kematian ayahnya akhir tahun lepas apabila begitu ceria bercerita keseronokan membeli belah pakaian raya bersama-sama rakan yang lain.

Katanya, biasanya kelengkapan hari raya dibeli ayah dan ibu, namun kali ini ianya berbeza tapi masih merasa bertuah kerana dapat memilih sendiri pakaian hari raya sumbangan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato' Jailani Johari.

“Seronok sangat dapat beli baju raya dengan kawan-kawan lepas itu dapat makan sama-sama dengan ramai orang di dewan ni.

“Sekurang-kurangnya baju raya saya, ibu tak perlu beli lagi,hanya beli untuk adik sahaja lagi. Itu dah cukup bagi saya,” katanya yang jelas  tergambar kegembiraan apabila dapat memilih baju raya kegemaran.

Menurut ibunya Anisha Jusoh@Jaafar,34, anak sulungnya begitu teruja apabila dimaklumkan akan dibawa membeli belah kelengkapan raya di sebuah pasaraya.

Anisha kini bekerja sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di sebuah sekolah, menerima pencen RM650 sebulan sepanjang hayat selepas kematian suaminya.

Suaminya, Mohd Syawal dikatakan rebah ketika keluar dari lokasi pencarian sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Hulu Terengganu (HHT) ketika menyertai misi mencari dan menyelamat pemancing hilang di kawasan Hutan Simpan Sungai Lut dekat Felda Jerangau Barat, Hulu Terengganu pada 3 Disember lalu.

Menurut Anisha, sumbangan tersebut begitu bermakna kepada beliau dan anak-anak.

"Terima kasih di atas keprihatinan Ahli Parlimen kerana bantuan ini dapat meringankan beban saya dan yang paling penting membuatkan anak saya tersenyum gembira bila dihargai di samping mengurangkan rasa kehilangan seorang ayah,"katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Teganukita selepas Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Sumbangan Van Kepada Pejabat Parlimen di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, hari ini.



Kesemua anak yatim itu diberi peruntukan RM100 seorang bagi membeli pakaian dan kasut untuk merayakan Aidilfitri tidak lama lagi dan berbelanja di Pasaraya Mydin Gong Badak,Kuala Terengganu.

Pada sebelah petang pula,mereka diraikan  dalam majlis berbuka puasa di Dewan Majlis Daerah Kuala Berang dan menerima sumbangan kecil daripada Dato' Jailani Johari.

No comments: