Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Anak Terengganu Di Perantauan Dapat Bantuan Sama Rata- MB

Ahmad Razif menyampaikan sumbangan bantuan Tabung Darul Iman di Majlis Berbuka Puasa Perantau Bersama YAB Menteri Besar dan Kepimpinan Negeri Terengganu, di Perkarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Presint 3, Putrajaya, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kasim

Kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan anak Terengganu di Kuala Lumpur dan Lembah Kelang apabila sebarang bentuk bantuan yang disediakan kerajaan kepada rakyat yang menetap di Terengganu turut disalurkan kepada golongan itu.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, konsep transformasi yang diamalkan kerajaan negeri memperlihatkan semua rakyat Terengganu yang layak dibantu perlu mendapat hak yang sama rata walaupun berada di perantauan.

"Dalam konsep TTB (Transformasi Terengganu Baharu)  kita beri kesamaan kepada Anak Terengganu yang layak untuk terima apa sahaja bantuan yang disediakan oleh kerajaan.


"Mungkin sebelum ini kita ada terlepas pandang kerana selalunya polisi kita menyediakan bantuan pelajaran kepada anak Terengganu yang belajar dalam negeri. Jadi kini konsep TTB bukan sahaja kita sediakan bantuan untuk dalam negeri dan negara, malah juga untuk yang meneruskan pengajian di luar negara," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita sempena Majlis Berbuka Puasa Perantau Bersama YAB Menteri Besar dan Kepimpinan Negeri Terengganu, di Perkarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Presint 3, Putrajaya, hari ini.

Turut hadir, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong.

Hadir sama, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ketua-ketua jabatan dan pemimpin politik.

Yang turut hadir, Pemangku Presiden Persatuan Anak Terengganu Di Selangor dan Wilayah Persekutuan (Pesat), Sham Aziz Ismail dan lebih 10,000 anak Terengganu di Lembah Kelang.

Ahmad Razif turut berharap program seumpama itu menjadi medan merapatkan ukhwah dan silaturahim sesama anak Terengganu dari pelbagai latar profesion.

Tambahnya, golongan perantau yang terdiri daripada ahli profesional dan cerdik pandai boleh memberi idea dan buah pemikiran kepada kerajaan negeri dalam usaha membangunkan negeri dalam pelbagai sektor.

Di majlis itu, Menteri Besar turut menyampaikan bantuan dana raya berjumlah RM380,400 kepada 951 anak Terengganu di Kuala Lumpur dan Lembah Kelang.

Jumlah itu adalah sebahagian kecil daripada keseluruhan 239,323 rakyat Terengganu yang menerima keseluruhan RM88.7 juta bantuan dana raya itu tahun ini.

Sementara bantuan lain yang turut diagihkan adalah Dana Transformasi Orang Muda (TOM) berjumlah RM1.56 juta kepada 7,800 remaja dan RM3, 000 bantuan Tabung Darul Iman (TDI) diserahkan kepada tiga penerima.

Program anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama persatuan NGO-NGO Anak Terengganu di Lembah Klang dan Sekreariat Anak Terengganu Di Perantauan bermula seawal jam 5 petang dan berakhir 10 malam.




No comments: