Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

612 Terima Bantuan Tabung Amanah Ketengah


Seramai 612 penduduk Ketengah dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih, DUN Kijal dan sebahagian dari Paka serta Bukit Besi menerima bantuan daripada Tabung Amanah Ketengah yang disampaikan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, semalam.

Program di Dataran IKS Ceneh Baharu, Chukai, Kemaman itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri, Ir. Rosli Othman dan Pengurus Ketengah, Omar Ismail.

Hadir sama, ketua- ketua agensi, pegawai dan kakitangan Ketengah, pemimpin-pemimpin masyarakat dan penduduk sekitar.


Dalam ucapannya, Ahmad Razif merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ketengah kerana menjemput beliau ke majlis yang sangat bermakna kepada golongan yang memerlukan itu.

"Bagi saya program sebegini amat penting kerana ia merupakan kesempatan yang amat baik untuk saya bersama-sama dengan rakyat terutamanya yang memerlukan pembelaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyampaian Bantuan Tabung Amanah Ketengah dan Perasmian Pasaraya Sabasun di Cheneh, Kemaman.

Ahmad Razif berkata, pada masa yang sama ia juga menjadi satu forum untuk semua berjumpa dan berinteraksi di dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

No comments: