Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

562 Terima Bantuan Raya

Sultan Mizan berkenan mengurniakan duit raya kepada penerima di Majlis Pengurniaan Bantuan Kepada Fakir Miskin Dan Pelajar Sekolah Sempena Hari Raya Aidilfitri di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim 

Menjelang Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi, seramai 562 fakir miskin dan pelajar sekolah di negeri ini turut berkongsi kegembiraan dan melahirkan rasa syukur apabila menerima bantuan di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu hari ini.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dengan diiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Pengurniaan Bantuan Kepada Fakir Miskin Dan Pelajar Sekolah Sempena Hari Raya Aldilfitri anjuran Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) itu.

Dalam majlis tersebut, seramai 200 fakir miskin menerima wang tunai RM400 dan hamper yang mengandungi barangan asas harian bernilai RM150.

Turut menerima bantuan sama, 18 orang pengusaha bot penambang serta 33 orang penarik beca dan buat julung kalinya, tahun ini 11 orang bekas pemain bola sepak Terengganu dipilih untuk menerima kurnian tersebut.


Bantuan turut dikurniakan kepada 240 pelajar miskin daripada lapan sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Gelugor (SK) Kuala Terengganu; SK Sungai Berua Hulu Terengganu; SK Sungai Pergam Kemaman; SK Kepong Kuala Terengganu; SK Pechah Rotan Kuala Nerus; SK Pendidikan Khas Kuala Terengganu; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Haji Ahmad Said Kuala Terengganu dan SMK Belara Kuala Terengganu.

Pada tahun ini juga, masing-masing seramai 30 pelajar dari dua madrasah iaitu Ma’had Tahfiz Al-Jami’ah Darul-Buhus Al-Islamiyyah Al-Aliyyah Muhyid-Din Kuala Terengganu dan Madrasah Addiniah Azzakiah (Pondok Lubuk Periuk) Hulu Terengganu turut di­pilih menerima bantuan tersebut dengan setiap pelajar menerima duit raya sebanyak RM200 seorang.

Turut hadir, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan isteri, Toh Puan Seri Halina Zakaria; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail serta Pengerusi Majlis Pengurniaan Bantuan tersebut merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM, Dato’ Mohd Fadzli Yusof.

Sebanyak RM214,000 diperuntukkan bagi majlis itu dan usaha YDSM tersebut mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi termasuk Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat) negeri, Jabatan Pendidikan dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu.

No comments: