Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

250,000 Terima Manfaat Program Jelajah UMNO Bantu Rakyat

Shamsul Anuar (kiri) dan Ahmad Razif menyerahkan sumbangan kepada golongan memerlukan pada Program UMNO Bantu Rakyat dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Kediaman Seri Iman. Foto Oleh: Harish Fadzillah Kassim

Secara keseluruhan, tidak kurang 250,000 orang telah menerima manfaat daripada program UMNO Bantu Rakyat yang berakhir di negeri ini semalam selepas siri jelajah seluruh negara itu dilancarkan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 19 Mei lepas di Kuala Lumpur.

Pengerusi Badan Kebajikan UMNO, Dato’ Shamsul Anuar Nasarah berkata, kesemua penerima bantuan itu terdiri daripada golongan memerlukan termasuk anak yatim, keluarga miskin, ibu tunggal serta pesakit kronik.

“Menerusi fasa satu program UMNO Bantu Rak­yat ini, kita telah menerjah ke hampir 21 buah lokasi di seluruh negara yang berakhir di Terengganu.

“Bagi program fasa kedua pula, sebanyak 50 lagi lokasi akan dikenal pasti oleh Badan Perhubungan UMNO negeri-ne­geri dan akan menjadikan sebanyak 71 lokasi akan dikunjungi, sekali gus menggambarkan usia parti yang telah memasuki 71 tahun,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program UMNO Bantu Rakyat dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Kediaman Seri Iman, semalam.

Pada majlis itu, seramai 200 keluarga miskin menerima bantuan berupa barangan keperluan harian sementara 100 pelajar darjah satu membuka akaun SSPNi secara percuma.

Katanya, Badan Kebajikan UMNO menyumbangkan dana sebanyak RM515,000 kepada golongan sasaran yang berkelayakan sempena program UMNO Bantu Rakyat di negeri ini termasuk untuk membantu golongan memerlukan dan disalurkan kepada UMNO Bahagian.


“Program UMNO Bantu Rakyat bukan setakat menghulurkan bantuan kepada golongan sasaran yang berkelayakan.

“Malah, menjadi mata dan telinga kerajaan untuk mendapatkan input, pandangan dan maklum balas rakyat berkaitan isu-isu kebajikan baik peranan yang dimainkan oleh agensi-agensi kerajaan dan sebagainya," ujarnya.

Katanya, dapatan tersebut akan dikumpul dan dikemukakan kepada kerajaan untuk meningkatkan lagi keupayaan perkhidmatan supaya Biro Kebajikan UMNO menjadi perantara terbaik antara kerajaan dan masyarakat,” ujarnya.

No comments: