Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

1MDB Belanja Lebih RM57 Juta Hantar 5,711 Orang Tunai Ibadah Haji

Yayasan 1Malaysia Deve­lopment Bhd (1MDB) melalui Program Khas Haji Perdana Menteri membelanjakan hampir RM57 juta bagi menghantar seramai 5,711 orang bagi menunaikan ibadah haji sejak program itu diperkenalkan tujuh tahun lalu.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Dato' Jailani Ngah berkata, jumlah itu termasuk 1,100 orang di mana 87 individu adalah dari Terengganu membabitkan peruntukan  hampir RM11 juta pada tahun ini.

"Jemaah haji yang terpilih itu terdiri daripada imam, ketua kampung, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kese­lamatan Kampung (JKKK) dari seluruh negara dan pengamal media.

"Empat pengamal media dari Kelab Warwatan Media Terengganu (KAWAT) turut terpilih," katanya

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Surat Jemputan Bagi Program Khas Haji Perdana Menteri di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Senarai pengamal media adalah Ruslan Abdul Rahman, Tuan Azam Tuan Johan, Mohd Yasin Embong dan Khalid Abdullah

Jailani turut memberitahu Tun Dr Mahathir Mohamad tidak sepatutnya mempersoalkan program khas yang diperkenal sejak tujuh tahun lalu sehingga menyifatkan umat Islam yang terlibat dalam program itu tidak mendapat haji mabrur.

Katanya, apa yang diperkatakan itu dianggap sebagai terdesak sehingga sanggup menggunakan agama dalam politik.

"Dr Mahathir tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian, kerana hanya Allah SWT sahaja yang boleh menilai sesuatu amal ibadah itu sama ada boleh diterima atau tidak.

“Bukan tugas kita untuk menilai, manusia fokus pada ibadah saja..janganlah gunakan isu ini untuk kepentingan diri sendiri," katanya.

No comments: