Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

1,000 Meriahkan Majlis Berbuka Puasa ADUN Kota Putera


Lebih 1,000 jemputan memeriahkan majlis berbuka puasa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd Mahdi Musa yang berlangsung di Dewan Limbongan, Kampung Raja, semalam.

Sempena majlis itu, turut diadakan penyampaian bantuan kewangan kepada masjid dan surau di kawasan DUN berkenaan.

Sumbangan dari Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) itu membabitkan 40 surau dan masjid bertujuan membantu institusi agama itu menjalankan aktiviti masing-masing sepanjang Ramadan.

Majlis berkenaan turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa pemimpin kerajaan negeri serta pegawai kanan daerah Besut.


Antara yang hadir ialah Speaker DUN Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato' Muhammad Pehimi Yusof, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad dan ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.

Turut hadir, Pegawai Daerah Besut, Wan Ismail Sahaimi Wan Omar, Yang Dipertua Majlis Daerah Besut, Rashid Jusoh dan Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi.

No comments: