Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

100 Anak Yatim Dibawa Pilih Baju Raya Sendiri



Kegembiraan terpancar di wajah kira-kira 100 anak yatim dan dari golongan berpendapatan rendah  di  Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang apabilaa menerima pakaian baharu menerusi program 'Masih Ada Yang Sayang', di pasar raya DM Pemborong,Kuala Berang hari ini.

Setiap anak yatim menerima sumbangan bernilai RM100 seorang untuk membeli kelengkapan pakaian raya dan pelbagai aksesori lain bagi menyambut Aidilfitri termasuk duit raya.

Nur Azwani melihat Adun Kuala Berang,Tengku Putera Tengku Awang mengenakan baju melayu kepada anaknya Muhammad Faris .Turut hadir sama Toh Puan Halijah Ali.


Seorang ibu yang ditemui bersyukur apabila anak sulung Muhammad Faris Azri Mohd Ridzuan,9,  terpilih menerima sumbangan baju raya.

Nur Azwani Hussain berkata, sumbangan itu sedikit sebanyak meringankan beban yang dihadapinya terutama belanja pakaian anak-anaknya.

Beliau yang telah berkahwin buat kali kedua selepas kematian suaminya lima tahun lalu kerana jangkitan kuman pada paru-paru turut membesarkan enam orang anak tiri merasa lega dengan sumbangan tersebut.

“Hanya ucapan terima kasih dapat saya ucapkan dan bersyukur kerana terpilih menerima sumbangan ini yang sedikit sebanyak meringankan beban saya untuk membeli kelengkapan hari raya tidak lama lagi,” katanya.



Sementara itu,Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Kuala Berang, Dato' Tengku Putera Tengku Awang berkata, program ini memberi peluang kepada mereka yang datang dari keluarga kurang berkemampuan dan anak yatim untuk merasai kegembiraan menyambut lebaran seperti insan lain.

“Kita juga membawa anak-anak dari Komuniti Baitul Cakna seramai 10 orang yang merupakan anak mangsa HIV.

"Apabila saya  melihat keceriaan anak-anak ini ketika memilih pakaian hari raya mereka, membuatkan saya  sungguh terharu dan gembira.Terasa seronok melihat gelagat mereka memilih pakaian dengan ditemani ibu atau bapa masing-masing.

"Harapan saya sumbangan ini dapat memberi kegembiraan seperti kanak-kanak lain dan menikmati suasana hari raya yang lebih baik dan untuk melihat mereka gembira pada hari lebaran yang akan menjelang tidak lama lagi,” katanya.

No comments: