Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Variasi Kebaya Songket Serikan Karnival PKS

Pelbagai corak dan reka bentuk kebaya diperagakan Malam Kemuncak Minggu PKS. Foto oleh Zulkifli Putra


Pelbagai jenis dan reka corak kebaya songket diperagakan pada Malam Kemuncak Karnival Minggu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Terengganu Peringkat Kebangsaan di Pusat Dagangan Terengganu, Kuala Terengganu, malam kelmarin.

Antaranya Kebaya Nyonya, Kebaya Moden, Kebaya Kota Bharu dan Kebaya Riau Pahang, Kebaya Kartini, Kebaya Encim dan Kebaya Panjang.

Pengusaha butik tempatan berjaya memperlihatkan kesan artistik dan ekspresif kebaya dengan adunan corak termasuk batik, sulaman, manik dan dipadukan dengan reka bentuk tudung.

Aktiviti itu antara yang diselitkan penganjur, SME Corporation Malaysia (SME Corp.) Terengganu dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU)  sepanjang lima hari karnival berlangsung, bermula 17 Mei.

Ia bertujuan mengetengahkan pelbagai jenis kebaya yang menggunakan fabrik songket dengan keunikan sendiri kepada orang ramai terutama kepada generasi muda.



Majlis dirasmikan isteri Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Ramizah Hashim itu turut diserikan dengan sesi uji minda dan persembahan artis jemputan.

Antara aktiviti lain, pameran produk terbaik terutama tekstil seperti songket dan makanan tradisi mengikut daerah masing-masing, yang turut melibatkan pengusaha dari Pahang dan Kelantan menerusi Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Zon Timur.



Karnival berkenaan bukan sahaja mempamerkan produk Terengganu kepada pembeli tempatan tetapi juga mampu memainkan peranan penting kepada pembangunan PKS Terengganu serta mempromosi produk dan perkhidmatan halal ke pasaran luar terutama Asean.


No comments: