Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

UMNO Kekal Relevan Untuk Rakyat

Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak memberitahu UMNO kekal relevan sehingga ke hari ini berikutan sentiasa berpegang kepada asas perjuangan parti yang berpaksikan Islam dan Bumiputera untuk seluruh rakyat di negara ini.

 Katanya, sejak penubuhan parti yang sudah berusia 71 tahun itu, UMNO turut berpegang kuat kepada dasar perjuangan yang sesuai dengan zaman selain mempunyai visi dan tindakan untuk memajukan bangsa dan negara.


"Kita berjuang bukan untuk ahli UMNO sahaja, malah untuk semua rakyat tidak kira kaum, agama dan keturunan.

“Kita perjuangkan pembangunan untuk siapa? untuk rakyat Malaysia, kita jaga keselamatan untuk siapa? untuk rakyat Malaysia, kita tegakkan perpaduan untuk siapa? untuk rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau yang juga Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 150,000 anggota UMNO pada acara perhimpunan raksasa bersempena sambutan Hari UMNO ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam ini.

Perdana menteri juga menegaskan bahawa UMNO bukan parti perkauman dan bukan parti pelampau, malah ia sanggup bekerjasama dan berkongsi kuasa dengan rakan-rakan dalam parti komponen Barisan Nasional (BN) yang mewakili seluruh rakyat di negara ini.

No comments: