Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Tradisi Unik 'Meugang' Sambut Ramadan Di Aceh







Masyarakat Aceh memiliki tradisi unik dalam menyambut bulan Ramadan setiap tahun iaitu 'meugang' atau 'makmeugang', tradisi membeli daging, memasak dan kemudian menikmatinya bersama keluarga.

Tradisi ini dirayakan secara turun-temurun pada dua atau sehari menjelang masuknya bulan Ramadan tanpa mengira kedudukan mereka, selain turut diadakan sebelum menyambut hari raya puasa.

Seorang warga tempatan, Jamudin Datuk Ahmad,75,dari Banda Aceh, berkata bagi masyarakat di situ, hari meugang tanpa membeli atau makan daging seakan tidak lengkap.

"Setiap golongan samada kaya atau miskin seakan wajib membelinya sekurang-kurangnya setengah kilo bagi satu keluarga.

"Orang kaya biasanya membeli daging dengan jumlah banyak kemudian menyumbangnya kepada keluarga kurang mampu atau anak yatim di sekelilingnya. Kalau tidak membeli daging waktu meugang rasanya seperti tidak sah masuk (bulan) puasa esok dan ada yang rela berhutang dahulu kerana yang penting keluarga boleh makan daging,” ujarnya ketika ditemui Teganukita di Pasar Keutapang 2, Banda Aceh.

Ismail Hashim


Manakala peniaga daging sapi (lembu), Salman Sulaiman,38, berkata beliau sudah berniaga hampir 20 tahun sejak berusia 18 tahun bersama ayahnya dan mendapat bekalan lembu segar daripada penternak tempatan di sekitar Banda Aceh.

"Seminggu sebelum waktu meugang, saya sudah membeli tiga ekor lembu untuk stok jualan dengan harga 16 juta rupiah(RM5,000) satu ekor. Setiap seekor lembu menghasil hampir 100 kilo daging mentah untuk di jual.

"Untuk sekilo,saya jual 150 ribu rupiah(RM50) pada hari meugang berbanding pada hari biasa cuma 130 ribu rupiah(RM40) kerana harga lembu yang mahal. Untuk hari meugang sahaja, saya boleh dapat untung 700 ribu(RM252) hingga satu juta rupiah(RM325) dalam sehari,"katanya.

Menurut sejarah, meugang pertama dilaksanakan pada masa Kerajaan Aceh Darussalam di bawah pimpinan Sultan Iskandar Muda yang berkuasa tahun 1607-1636 M,sebagai tanda syukur atas kemakmuran kerajaan sehingga Sultan mengajak rakyatnya ikut bergembira menyambut puasa.



Sehingga kini,rakyat Aceh tetap memperingati tradisi turun-temurun itu dengan membeli sendiri daging dan ianya bertahan hingga kini.

Meugang memiliki makna ganda iaitu selain membawa maksud silaturrahim ia juga sebagai mewujudkan rasa gembira menyambut bulan Ramadan yang suci.

No comments: