Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

TPM Tiba Di Terengganu Untuk Berbuka, Solat Tarawih Bersama Rakyat

 Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba dengan pesawat khas di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Nerus, petang ini untuk berbuka puasa dan berterawih bersama rakyat negeri ini. Foto oleh Zulkipli CW Putra

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba dengan pesawat khas di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Nerus, kira-kira jam 5.45 petang ini.

Terengganu menjadi negeri pertama yang dikunjungi Menteri Dalam Negeri itu untuk berbuka puasa sebelum diikuti negeri-negeri lain sepanjang bulan Ramadan ini. 

Beliau bersama pengurusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan bertemu dengan pegawai dan anggota agensi di bawah KDN serta badan bukan kerajaan, parti politik dan semua kumpulan masyarakat bagi mengeratkan silaturahim.

Ketibaan Ahmad Zahid di LTSM disambut Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, pegawai kanan kerajaan serta pemimpin politik setempat.



Beliau kemudiannya dibawa ke Masjid Jamek, Tok Jembal, Kuala Nerus untuk menghadiri Program Penetapan Nilai Murni Di Bulan Ramadan Bersama YAB Timbalan Perdana, sebelum berbuka puasa dan  menunaikan solat maghrib berjemaah bersama pemimpin serta masyarakat setempat.

Sejurus program itu, beliau dijadualkan akan ke Masjid Sultan Muhammad Bukit Besar, Kuala Terengganu bagi menunaikan solat Isyak dan bertarawih, serta moreh bersama penduduk sekitar.

Ahmad Zahid dijangka akan berlepas pulang ke Kuala Lumpur kira-kira jam 10.00 malam ini.


No comments: