Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Terengganu Tuan Rumah Sambutan Hari Muzium Antarabangsa

Tengku Putera (tengah) mendengar penerangan seorang petugas sempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa peringkat kebangsaan 2017 di Muzium Negeri Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. Putra

Sambutan Hari Muzium Antarabangsa (HMA) peringkat kebangsaan 2017 bertemakan ‘Muzium dan Pertikaian Sejarah: Mengungkap Yang Tersirat’ membuka tirainya hari ini sehingga 21 Mei ini dengan mempamerkan pelbagai khazanah dan sejarah dari 19 muzium di seluruh negara.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang berkata, 
Terengganu sekali lagi terpilih menjadi tuan rumah buat kali ketiga bagi sambutan HMA yang ke-21, selepas pertama kali pada 1998 dan diikuti pada 2009.

“Bagi memberi peluang dan kesempatan kepada orang ramai untuk mengunjungi dan mengenali muzium dengan lebih dekat, pelbagai artifak dan khazanah berharga yang boleh dipelajari oleh semua peringkat usia dipaparkan sempena sambutan kali ini.

“Kita harapkan, dengan persembahan yang menarik dan pelbagai aktiviti yang diadakan lebih menjadi tarikan dan seterusnya mampu menarik minat masyarakat bersama-sama menilai serta melindungi warisan dan budaya bangsa yang menjadi kebanggaan kita,” ujarnya.


Beliau yang mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa peringkat kebangsaan 2017 di Muzium Negeri Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Dato’ Kamarul Baharin A. Kasim dan Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Mohd.Yusof Abdullah.

Sementara itu, Kamarul Baharin berkata, pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang lima hari sambutan berlangsung antaranya pameran dan karnival, seminar, bengkel gamelan, program muzium bersama komuniti, KT Heritage Bike Trail, ceramah agama perdana dan pelbagai aktiviti lain.

“Lebih 100,000 pengunjung dijangka hadir bagi memeriahkan pelbagai aktiviti menarik sempena sambutan HMA 2017 dan uniknya sambutan kali ini ialah banyak aktiviti air diadakan antaranya mencandat sotong dan sukan rakyat,” ujarnya.

No comments: