Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Terengganu, Sulawesi Selatan Mahu Wujudkan Kerjasama Dalam Bidang Pertanian



Terengganu mahu berkerjasama dengan Sulawesi Selatan, Indonesia  dalam bidang pertanian, terutama berkaitan penggunaan teknologi makanan dan inovasi yang diguna pakai pihak itu bertujuan meningkatkan ekonomi negeri serta membantu  menambah pendapatan petani.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata,  beliau telah membincangkan kerjasama itu dengan Gabenor Sulawesi Selatan dalam kunjungan kerjanya ke Terengganu selama tiga hari dua malam.

Katanya, selepas Aidilfitri nanti, rombongan kerajaan negeri  akan mengadakan kunjungan balas  ke wilayah itu dengan menandatangani perjanjian yang boleh mendatangkan kebaikan kepada kedua-dua wilayah.

“Antaranya berkaitan pendidikan dan pelancongan, termasuk meneruskan program pertukaran seramai 50 pelajar Terengganu ke Sulawesi Selantan dan sebaliknya pada setiap bulan.

“Kerjasama yang diusahakan sejak 2012  antara Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) dan Dinas Pendidikan Provinsi Sulawesi Selatan mendatangkan banyak manfaat,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Taklimat Pembangunan Negeweri Kepada Gabenor Provinsi Sulawesi Selatan  di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, petang ini

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail serta Gabenor Provinsi Sulawesi Selatan, Tuan Yang Terutama DR.H. Syahrul Yasin Limpo


No comments: