Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Terengganu, Sulawesi Selatan Jalin Kerjasama


Ahmad Razif dan  Syahrul Yasin (enam dari kiri) selepas Majlis Makan Malam Bersama TYT Gabenor Sulawesi Selatan Syahrul Yasin Limpo di Hotel Primula, Kuala Terengganu, malam tadi. Foto Zulkifli Putra

Terengganu menyatakan hasrat untuk menjalinkan kerjasama dengan Sulawesi Selatan, Indonesia melibatkan sektor pertanian, pelancongan dan sumber manusia supaya kedua-dua pihak mendapat manfaat dan keuntungan bersama.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, jalinan kerjasama yang turut berpotensi untuk dibangunkan bersama termasuklah bidang kebudayaan dan pada peringkat awal, kedua-dua pihak mungkin boleh menganjurkan Pesta Budaya Terengganu - Sulawesi Selatan sebagai acara tahunan. 

“Pendekatan ini pastinya boleh memupuk persahabatan yang lebih akrab dan menjadi tarikan pelancong ke kedua-dua negeri.


“Dalam konteks ini, saya amat gembira kerana kedua-dua belah pihak iaitu pemerintah Sulawesi Selatan yang dipimpin oleh Gabenor Pak Syahrul dan saya sendiri selaku Menteri Besar Terengganu akan mengadakan mesyuarat pada petang esok (hari ini)  untuk meneroka kerjasama yang lebih konkrit antara kita,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Bersama TYT Gabenor Sulawesi Selatan Syahrul Yasin Limpo di Hotel Primula, Kuala Terengganu, malam tadi.

Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Neger, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.


Sementara itu, Syahrul memberitahu, beliau berharap hubungan antara Sulawesi Selatan dan Terengganu akan lebih akrab  terutama melibatkan kerjasama perdagangan.

“Cukup rugi untuk melepaskan peluang yang ada kerana kedua-kedua wilayah ini banyak persamaannya, terutama berkaitan budaya, bahasa, makanan dan seni bina,


No comments: