Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Terengganu Sasar Satu Emas Acara Tenpin Boling Sukma 2018

Hasif (tengah) bersama Dini (kanan) dan Halil meraikan kemenangan selepas menewaskan pencabar lain di Kejohanan Tenpin Boling `Visit Beautiful Terengganu 2017 ‘ Piala YAB Menteri Besar Terengganu Tertutup Pantai Timur, di Coral Crown Bowl PB Square, Kuala Terengganu, malam tadi. Foto oleh Zulkipli Putra

Pasukan Tenpin Boling Negeri Terengganu (PTBNT) mensasarkan sekurang-kurangnya dua pingat dengan satu daripadanya emas pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2018 di Perak nanti.

Sasaran itu realistik berdasarkan prestasi semasa atlet serta membaiki prestasi pasukan yang memperolehi satu pingat perak ketika Sukma Sarawak 2016 lalu.

Jurulatih pasukan, Mat Salleh Jalani, berkata semua 24 atlet masing-masing 12 lelaki dan 12 perempuan yang berusia 21 ke bawah kini sedang giat menjalani latihan dan pemilihan bagi fasa pertama sepanjang empat hari seminggu yang melibatkan dua jam sehari atau satu sesi, sejak sebulan lalu.


Katanya, fasa kedua pula akan bermula pada November ini melibatkan 16 peserta, yang terpilih selepas saringan pertama, manakala fasa ketiga akan bermula Januari nanti melibatkan 12 peserta yang akan membawa cabaran mewakili Terengganu ke Sukma.

“Daripada 12 atlet yang mewakili Sukma lalu, hanya empat orang masih boleh meneruskan penyertaan sementara selebihnya sudah melebihi had umur ditetapkan.

“Setakat ini, persembahan empat atlet yang pernah mewakili Sukma masih di tahap terbaik dan kemahiran meraka masih boleh dipertingkatkan lagi jika terus terpilih sebagai persediaan ke Sukma akan datang,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Piala Pusingan Kejohanan Tenpin Boling `Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017 ‘ Piala YAB Menteri Besar Terengganu Tertutup Pantai Timur, di Coral Crown Bowl PB Square, Kuala Terengganu, malam tadi.

Majlis disempurnakan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, Profesor Madya Dr Mohd Rozailan Mamat yang mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman

Turut hadir, Presiden PTBNT, Abdullah A Rahman dan Naib Presidennya, Wan Mazlan Wan Muda.

Dalam pertandingan itu, Wan Muhammad Hasif Hilmi Wan Mazlan, 16, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin muncul juara individu keseluruhan selepas unggul mengumpul 1,325 jatuhan pin, sekali gus mengenepikan pencabar lain untuk membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000 berserta trofi.

Manakala, tempat kedua pula milik Dini Nurina Azhan, 18, dengan 1,311 jatuhan pin memenangi wang tunai RM2,000 serta ketiga, Halil Hamed Hamzah, 18,  dengan 1,304 jatuhan pin menerima hadiah wang tunai RM1,000 beserta trofi.


Sementara juara keseluruhan pula menjadi milik Terengganu, diikuti Kelantan dan ketiga Pahang. 

Pertandingan julung kali anjuran PTBNT melibatkan 130 peserta termasuk dari Pahang dan Kelantan selaras dengan usaha kerajaan negeri untuk mempromosikan Terengganu sempena VBT 2017. 

No comments: