Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Terengganu Cadang Sediakan Klinik Bergerak Secara Percuma Di Luar Bandar


Ahmad Razif memukul gong sebagai simbolik melancarkan Hari Jururawat Sedunia Peringkat Negeri Terengganu, di Hotel Primula, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kasim

Terengganu akan merintis usaha menyediakan klinik bergerak bagi menyediakan pemeriksaan rawatan secara percuma kepada penduduk kawasan luar bandar termasuk perkampungan orang asli tidak lama lagi.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kemudahan perubatan yang dianggarkan bernilai RM400,000 itu akan dilaksanakan melalui Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS).

Katanya, ia sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) KTS yang dimiliki anak syarikat kerajaan negeri, TDM Berhad bagi menjaga kebajikan dan kesihatan rakyat yang kurang berkemampuan di pedalaman.

“Kita akan meneliti kos dan kesesuaian melaksanakan konsep ini bagi memberi tumpuan kepada masyarakat di luar bandar supaya mereka mendapat pendedahan dan perlindungan awal melalui pemeriksaan kesihatan secara percuma sekali gus mengelak daripada mendapat serangan penyakit berbahaya.




“Dari segi kakitangan (mengendalikan klinik bergerak) tiada masalah, cuma peralatan ini memerlukan penelitian dan penyelidikan bagi mengelak peralatan yang disediakan nanti tidak menimbulkan implikasi lain termasuk sentiasa terjaga kebersihan  dan tidak terdedah kepada kuman-kuman,”katanya.   

Beliau berkata demikian di sidang media selepas melancarkan Hari Jururawat Sedunia Peringkat Negeri Terengganu, di Hotel Primula, Kuala Terengganu, hari ini.


Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohamad Omar.


Ahmad Razif juga berharap inisiatif itu dapat dilaksanakan serentak dengan pembukaan KTS baharu di Batu Burok, yang kini masih menunggu status kelulusan Kementerian Kesihatan sebelum beroperasi.

Tambah beliau, KTS yang sepatutnya dibuka Oktober tahun lalu, tertangguh kerana gagal mematuhi piawaian ditetapkan Kementerian Kesihatan termasuk bilik bedah yang mengandungi fungus.

"Kita masih menunggu kelulusan pemeriksaan kali kedua daripada Kementerian Kesihatan kerana sebahagiannya didapati terdapat kebocoran dan yang paling utama, bilik bedah pula mengandungi fungus dan sudah diselesaikan oleh kontraktor. Bahagian lain sudah siap semuanya.

"Apabila sudah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan, KTS akan segera dibuka kepada orang ramai, " kata beliau lagi.





No comments: