Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Terengganu Belanja RM867,600 Sempena Ihya' Ramadan


Mohd Zubir menyerahkan bantuan kepada masjid dan surau seluruh Terengganu sempena Majlis  Pelancaran Program Ihya' Ramadan Peringkat Negeri Terengganu di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail
Kerajaan negeri membelanjakan RM867,600 kepada 1,706 masjid dan surau seluruh Terengganu sebagai mengimarahkan rumah ibadat sepanjang sambutan Ramadan tahun ini.

Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong berkata, peruntukan menerusi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) diagihkan kepada 494 masjid dan 1,121 surau yang akan menganjurkan pelbagai aktiviti bersama komuniti umat Islam setempat bagi menyemarakkan lagi ibadat di bulan puasa.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak RM241,800 kepada 128 masjid dan 366 surau di Kuala Terengganu serta Kuala Nerus, RM148,000 kepada masjid (84) dan surau (210) di Besut, diikuti RM114,900 masjid (80) dan surau (113) di Hulu Terengganu dan RM100,200 kepada masjid (50) dan surau (164) di Kemaman.

Sejumlah  RM98,300 lagi untuk masjid (52) dan surau (151) di Marang , RM84,400 untuk masjid (48) dan surau (118) di Dungun serta RM80,000 kepada masjid (52) dan surau (90) di Setiu.

"Perbelanjaan ini sebagai tanggungjawab kerajaan negeri terhadap institusi yang menjadi pusat penyatuan umat supaya Ramadan disambut dengan penuh keberkatan pada kali ini.

"Perbelanjaan kepada masjid antara RM1,000 hingga RM2,000, manakala surau RM300 bergantung kepada saiz dan kapasiti jemaah, "katanya.



Beliau berkata demikian kepada media di Majlis  Pelancaran Program Ihya' Ramadan Peringkat Negeri Terengganu di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini.

Mohd Zubir merasmikan program itu mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib, Pesuruhjaya JHEAT, Dato' Wan Mohd Wan Ibrahim dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya.

Mohd Zubir berkata, perbelanjaan itu juga untuk menganjurkan 24 program ihya’ Ramadan yang dijadualkan di peringkat negeri sempena bulan puasa kali ini seperti tadarus al- Quran, gotong-royong di masjid dan juga tanah perkuburan.




No comments: