Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Snek dan Minuman Percuma Di R&R Perasing Mulai Esok


Kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu akan mengagihkan snek dan minuman panas secara percuma kepada orang ramai yang singgah di Hentian Rehat dan Rawat ( R&R) Perasing, Kemaman selama sebulan,  bermula esok (1 Jun).

Pengarah Jabatan itu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, agihan bermula jam 7 petang sehingga habis makanan itu diadakan sempena Program Jom Ke R & R Perasing  `Jom Rehat Dulu Sebelum Memulakan Pemanduan’.

Katanya, pendekatan itu diyakini mampu menambah bilangan pengguna Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) II untuk singgah  atas pelbagai tujuan, solat berehat dan menjamu selera.

“Pihaknya akan turut mengantung  banner sepanjang laluan LPT, di R&R Temerloh, R&R Gambang, dan R&R Ajil sebagai usaha mempromosi kawasan itu kepada orang ramai yang sebelum ini kurang mendapat perhatian pengguna jalan raya atas  pelbagai alasan mengarut.

“Usaha mempromosi R&R Perasing akan berterusan selama tiga bulan dan kemungkinan akan dilanjutkan sehingga hentian ini menjadi pilihan orang ramai,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Program Jom Ke R & R Perasing di Duyong Marina, Kuala Terengganu, hari ini. 

 Katanya, usaha yang dijalankan dengan dengan kerjasama Pejabat Daerah Kemaman itu  mendapat sokongan 14 syarikat swasta di negeri ini dengan memberi sumbangan pelbagai snek dan minuman.

“Antara syarikat yang terlibat termasuk, Casa Hartamas Sdn Bhd, Hexatrend Sdn Bhd, Casa Hartas Quarry Sdn Bhd,, Perunding Irzi Sdn Bhd, Giga Builders Sdn Bhd,, DM Machinery Sdn Bhd, BBR Construction System (M) Sdn Bhd dan Chan Kong Meng Sdn Bhd,


“Pihaknya juga akan mengadakan beberapa program sampingan, termasuk membuka Pusat Maklumat Pelancongan, berkerjasama dengan Yayasan Pembangunan Usahawan untuk membuka kios menjual  nasi dagang dan keropok sejuk beku serta beberapa produk Terengganu lain,”katanya. 

No comments: