Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

SMK Chalok Ungguli Silat Daerah


Sekolah Menengah Kebangsaan Chalok (Model Khas) muncul juara keseluruhan Pertandingan Silat Seni Peringkat Sekolah-Sekolah Daerah Setiu apabila memenangi lapan daripada 14 acara yang dipertandingkan.
Pengerusi Unit Silat Daerah Setiu, Mohd Yasrizal Ab Manaf berkata, seramai 60 pelajar terlibat dalam pertandingan yang diadakan di Dewan SMK Chalok itu.
"Alhamdulillah kita berjaya mengadakan Pertandingan Seni Silat Peringkat Sekolah Daerah Setiu hari ini.
"Seramai 60 pelajar terbabit pada hari ini bertanding dalam empat kategori iaitu Seni Tari Silat, Seni Tempur Silat dan Silat Seni Asli (Silat Pulut)," katanya ketika selesai pertandingan itu, khamis lalu.
Yasrizal berkata, selain untuk melahirkan bakat dalam seni silat, pembabitan dalam aktiviti itu juga mampu mendisiplin pelajar menjadi lebih berakhlak dan beradab.
Dalam pada itu, Pegawai Pendidikan Daerah Setiu, Kipayatuallah Mohd Said ketika berucap menutup program itu berkata beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada mereka yang terbabit dengan penganjuran pertandingan seni silat itu.
Katanya, beliau juga mengharapkan pelajar yang terbabit dengan seni mempertahankan diri berkenaan dapat terus aktif hingga ke peringkat lebih tinggi apabila menamatkan persekolahan nanti.
"Jangan putus asa, belajar hingga ke universiti persilatan ini, jangan hanya separuh jalan meminati seni ini dan jadikan ianya satu budaya dan saya berharap pelajar ini dapat mempeluaskan lagi bakat bakat mereka selepas ini.
"Melalui persilatan ini kita boleh membuka minda kita mnjadi pelajar yang positif dan terbuka," katanya.
Setiu menjadi johan seni silat sekolah peringkat negeri selama tiga tahun berturut-turut bermula 2013.

No comments: