Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Serikandi Agih 1,000 Pek Makanan Berbuka Puasa Kepada Penjaga Pesakit Di HSNZ

Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi) mengagihkan sebanyak 1,000 pek makanan berbuka puasa kepada penjaga pesakit yang sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Yang Dipertua Serikandi, Toh Puan Seri Halina Zakaria berkata, program yang julung kali diadakan oleh Serikandi itu bukan sahaja sebagai tanda prihatin terhadap masyarakat tetapi bertujuan meringankan beban penjaga kerana terpaksa menunggu pesakit yang menyukarkan mereka untuk membeli juadah berbuka puasa.

“Kami berasa terpanggil untuk menyediakan hidangan untuk berbuka puasa kepada mereka ini sebagai antara aktiviti kebajikan Serikandi dan berharap ianya mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini,” ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Pek Makanan Berbuka Puasa Serikandi di HSNZ, Kuala Terengganu, semalam.

Halina berkata, sebanyak 500 pek makanan diagihkan untuk penjaga pesakit di bangunan utama dan bakinya diagihkan di Pusat Rawatan Ibu dan Bayi, HSNZ.

“Ini merupakan program kami yang pertama. InsyaAllah, kami akan jadikan program ini sebagai program tahunan kerana berasa bertanggungjawab kepada masyarakat khasnya pesakit dan penjaga pesakit di hospital,” ujarnya.


No comments: