Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Sasar 300 Ahli UMNO Baru Dalam Tempoh Seminggu


Ahmad Razif selepas Program Jelajah Biro Keahlian Daftar Pemilih UMNO Malaysia Ke Terengganu, di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, petang semalam. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim

Lapan Bahagian UMNO di Terengganu  diminta  terus memberi fokus kepada usaha menambah jumlah ahli bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Setiap bahagian perlu menyasarkan penambahan sekurang-kurangkan 200 hingga 300 ahli dalam tempoh seminggu.

Pengerusi Biro Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO Malaysia, Dato’ Seri Panglima Abd Azeez Abd Rahim, berkata sehubungan itu, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO diminta tidak hanya menumpukan kepada penganjuran pelbagai program sebaliknya juga memberi keutamaan kepada pendaftaran ahli baharu.


Katanya, berdasarkan data yang direkodkan, keahlian UMNO Terengganu mencatatkan bilangan 277,402 ahli membabitkan 1,063 cawangan berakhir April lalu.

“Daripada jumlah itu,  Kuala Nerus mencatatkan jumlah paling tinggi dengan bilangan keahlian 6,612 orang diikuti Marang (6,166), Kemaman (5,693) Besut  (5,630) Setiu (5,246), Hulu Terengganu  (5,681) Dungun (4,669) dan Kuala Terengganu pula dengan bilangan 4,553 ahli UMNO.

“Melihat angka itu, Terengganu terutama membabitkan daerah Kuala Nerus dikategorikan antara yang cemerlang dan aktif dalam usaha menambah bilangan ahli,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Jelajah Biro Keahlian Daftar Pemilih UMNO Malaysia Ke Terengganu, di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, petang semalam.
Hadir merasmikan program itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Azeez berkata, usaha menambah bilangan ahli UMNO perlu dilakukan de­ngan segera, teratur dan berterusan untuk berhadapan dengan cabaran besar pada PRU akan datang.

No comments: