Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

RM5,000 Untuk Kelab Belia Seluruh Terengganu


Kerajaan negeri memperuntukkan RM5,000 setahun kepada persatuan dan kelab belia peringkat cawangan di seluruh Terengganu yang aktif bagi menjalankan aktviti masing-masing untuk manfaat ahli.
Pengerusi Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Terengganu, Amirullah Othman berkata jumlah itu adalah tertinggi berbanding peruntukan yang disediakan kepada kelab belia di negeri lain.
"Kita amat berterima kasih kepada kerajaan negeri terutama kepada Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif di atas kecaknaan beliau kepada persatuan belia di negeri ini.
"Kita patut bersyukur kerana kita mendapat bantuan sebanyak RM5,000 setahun kepada persatuan belia yang aktif daripada kerajaan negeri.
"Saya berada di peringkat kebangsaan dan apa yang saya tahu bantuan yang kita terima ini adalah paling tinggi berbanding yang diterima persatuan belia di negeri-negeri lain," katanya yang juga Pengerusi Kawasan MAYC Marang itu.

Bercakap dalam majlis perasmian mesyuarat agong tahunan persatuan itu di Seri Iman, Kuala Terengganu, Amirullah yang juga Timbalan Presiden MAYC Kebangsaan itu berkata, beliau mahu semua persatuan belia di bawah MAYC terus aktif dengan mengadakan aktiviti dan program dari semasa ke semasa dan pihaknya akan berusaha mendapatkan peruntukan bagi menjayakan program itu.
Sementara itu, seramai 200 ahli MAYC dari seluruh negeri menghadiri mesyuarat agong tahunan itu.
Majlis perasmian dilakukan Timbalan Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Terengganu, Mohd Mazlan Anis yang mewakili Menteri Besar.
Turut hadir Setiausaha MAYC Terengganu, Mohd Faizal Harun yang juga Pengerusi MAYC Kawasan Kuala Terengganu.
Hadir sama, Pengerusi Kawasan MAYC Dungun, Sofiza Mahmood, MAYC Kemanan, Mohd Sabri Ali, Hulu Terengganu, Anuar Hamzah dan Kuala Nerus, Mohd Khalid Muhammad.

No comments: