Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

RM489 Juta Untuk 33,476 Usahawan Sepanjang 2016


Sejumlah RM489 juta pembiayaan perniagaan diperuntukkan kepada 33,476 usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) sepanjang tahun lalu, berbanding RM486 juta kepada 41,358 usahawan IKS pada 2015.

Daripada jumlah pembiayaan sepanjang 2016, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menyediakan kira-kira RM273 juta kepada 29,188 IKS, Mara (RM48 juta) (432) , SME Bank (RM22 juta) (23), MIDF (RM31 juta) (11), Tekun Nasional (RM41 juta) (3,172), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) (RM33 juta) (67), Agro Bank (RM5.5 juta) (51), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (RM21.7 juta) (13), Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) (RM181,000) (25), Jabatan Pertanian (RM99,988) (51) dan Program Pembangunan Keusahawanan ECER (RM11,532) (443).


Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohammad berkata, Majlis Sekretariat Pembangunan Usahawan Terengganu (MSPUT) pada 2016 melaporkan  seramai 664 usahawan IKS turut menerima geran  berjumlah RM7.7 juta, selain 36,435 usahawan turut mengikuti 504 program latihan serta 7,184 terlibat dalam 166 program promosi.

“Pada masa yang sama, MSPUT turut mensasarkan 70 usahawan berprestasi tinggi berbanding sedia ada 68 orang  dan 2,500 usahawan baharu bagi menambah bilangan 5,785 orang sehingga tahun lalu terutama yang terlibat dengan perniagaan atas talian.

“Daripada 68 usahawan berprestasi tinggi itu, PUNB  membiayai 28 orang, Jabatan Pertanian (22), YPU (7),  masing-masing Mara dan LKIM (4) dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) (3). Daripada  5,785 usahawan berkenaan, Tekun Nasional membiayai  3,172 orang, Mara (2,378), YPU (83), SME Corp (66), Jabatan Pertanian (19), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) (15) MPC (8) dan Mardi (6).

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Dr Tengku Khairi A Rahman.

Nawi yang juga Pengerusi MSPUT berkata,  majlis berkenaan turut merekodkan hasil jualan promosi berjumlah RM6.6 juta dengan YPU merupakan agensi yang menyumbang hasil tertinggi kira-kira RM2.7 juta, diikuti Kraftangan Malaysia (RM2.3 juta) dan FAMA (RM755,000).

Lain-lain agensi, Ketengah (RM291,000), SKM (RM140,000), Jabatan Pembangunan Wanita (RM112,000), Risda (RM70,000), Agro Bank (RM50,000), Jabatan Pertanian (RM35,000) serta  Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu pula berjumlah RM3,000.

Tambahnya, MSPUT akan terus memainkan peranan lebih baik menerusi aktiviti yang merangkumi spektrum lebih luas dalam pembangunan keusahawanan sejajar dengan penubuhannya  bagi memperkasakan IKS negeri serta menambah penglibatan rakyat Terengganu dalam aktiviti keusahawanan.


No comments: