Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

RM100,000 Hadiah Buat Pesara Guru Untuk Bulan Madu Kedua




Kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM100,000 kepada Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (PPPPPM) Cawangan Terengganu untuk mengadakan kursus 'Second Honeymoon' pada tahun ini.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata,  peruntukan melibatkan sepuluh siri kursus kepada warga pesara guru menerusi penyelarasan Unit Transformasi Terengganu Baharu (TTB).

Jelasnya, program berbentuk kursus 'Second Honeymoon' amat bagus kerana boleh merapatkan hubungan antara satu sama lain di samping mencetuskan idea-idea baru dengan pengalaman sebagai bekas guru.

"Jangan anggap bila dah bersara,hilang segalanya dan sebab itulah matlamat utama program ini untuk guru-guru pencen boleh muhasabah diri bahawa mereka amat penting dalam organisasi dan masyarakat hari ini.

"Lebih-lebih lagi mereka ini adalah sebahagian orang yang boleh menjadi contoh kepada guru-guru muda dan generasi baru bahawa walaupun telah lama meninggalkan kerjaya perguruan,mereka tetap menyumbangkan khidmat kepada masyarakat dengan cara tersendiri seperti hari ini,"kata Ahmad Razif.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Kursus 'Second Honeymoon' di Kompleks Desa Taqwa,Kuala Telemong, malam tadi.

Turut hadir Pengarah Sekretariat Transformasi Terengganu Baru (TTB),Che Mansor Che Kerma dan Timbalan Pengerusi PPPPPM Cawangan Terengganu, Dato' Ahmad Che Hamid.

Seramai 120 peserta PPPPPM mengikuti kursus tiga hari dua malam  dengan pelbagai pengisian menarik seperti ceramah keagamaan, isu-isu semasa dan pelbagai slot menarik dengan penceramah jemputan.

Abdullah Mamat  Bersama Isteri  Wan Kamariah Wan Osman


Seorang peserta, Abdullah Mamat,61,dari Kampung Teluk Pasu berkata dia bersama-sama isteri Wan Kamariah Wan Osman, 58, teruja mengikuti kursus itu  kerana tertarik dengan pengisian program selama tiga hari dua malam yang amat menarik dan santai.

"Hampir dua pertiga masa saya dihabiskan dengan dunia perguruan dan kurang masa bersama keluarga kerana lebih mementingkan kerjaya.Dengan adanya kursus seperti ini,saya seperti mendapat kembali masa yang telah hilang dulu.

"Di samping itu,saya seolah dapat meneruskan semula kerjaya sebagai guru secara tidak langsung apabila bertemu semula dengan rakan-rakan lama dan di sini kami sedar bahawa jiwa pendidik tidak pernah hilang dalam diri setiap orang termasuk saya sendiri,"kata Abdullah.

Abdullah berkata, program seperti itu juga membolehkannya merancang aktiviti sepatutnya sebagai pesara guru di samping membantu pendidikan secara tidak langsung dan lebih bebas bergerak mengikut aspek kepakaran yang ada.

No comments: