Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Permohonan Perkahwinan Perdana 2017 Dibuka Mulai Hari Ini


Permohonan mengikuti Program Perkahwinan Perdana anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) yang dijadualkan berlangsung 16 September hadapan mula dibuka hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud berkata, pemohon boleh memuat turun borang melalui portal http://www.ypkt.gov.my/ mulai 17 Mei dan borang yang telah lengkap diisi perlu diserahkan kepada ibu pejabat YPKT atau di pejabat YPK kawasan masing-masing sebelum tarikh tutup 16 Julai ini.

Menurut beliau, Program ‘Keluarga Generasi Transformasi Terengganu Baharu (TTB): Perkahwinan Perdana’ kali kedua dianjurkan ini merupakan inisiatif kerajaan negeri dalam membentuk keluarga Generasi TTB bertepatan dengan Prinsip ketiga TTB “Keluarga Bahagia, Rakyat Sejahtera”.

“Program cetusan idea Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman ini bertujuan, antara lain membantu golongan muda memudahkan dan meringankan bebanan ahli keluarga untuk melaksanakan majlis perkahwinan,” ujarnya pada sidang media program tersebut di Wisma Darul Iman, semalam.

Katanya, kejayaan Program Perkahwinan Perdana yang melibatkan 217 pasangan pengantin tahun lalu diteruskan lagi tahun ini dengan peruntukan RM1.6 juta dan menyasarkan 480 pasangan.

“Sebanyak 60 pasangan disasarkan untuk setiap daerah sempena 60 tahun kemerdekaan negara dan majlis ijab kabul akan diadakan secara serentak pada sambutan Hari Malaysia nanti,” ujarnya.

Katanya, syarat untuk program tahun ini juga sama seperti tahun lepas antaranya pasangan atau seorang daripada mereka adalah rakyat negeri Terengganu dan perkahwinan itu adalah kali pertama.

“Kriteria pemilihan peserta program ini juga telah dilakukan beberapa penambahbaikan antaranya had umur pemohon ditambah daripada 18 hingga 30 tahun kepada 18 hingga 35 tahun.

“Dan had pendapatan ibu bapa pemohon pada tahun lalu RM3,000 telah dinaikkan kepada RM5,000, ” katanya.

No comments: