Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Penjawat Awam Disaran Solat Dhuha


Kerajaan negeri meminta ketua jabatan kerajaan membenarkan kakitangannya menunaikan Solat Dhuha, khususnya pada bulan Ramadan nanti.

Menteri Besar, Dato’  Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kakitangan Wisma Darul Iman sudah lama melaksanakannya dan tempoh yang dibenarkan adalah bermula dari jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi.

Menurutnya, dalam tempoh yang dibenarkan itu, kakitangan kerajaan dibenarkan untuk solat Dhuha dan mengaji di surau yang disediakan.

“Kebiasaannya  Solat Dhuha  mengambil  masa 10 minit sahaja, jadi ia tiada masalah kerana bukannya ambil masa yang lama

“Perkara sunat ini sudah lama diamalkan penjawat awam di Wisma Darul Iman dan saya menyarankan agar jabatan-jabatan lain melakukan perkara sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu dan Apresiasi Kecemerlangan SPM, STPM, STAM dan Guru-Guru Akram Tahun 2016 di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini

Hadir sama, Pengarah Yayasan Terengganu, Ishamudin Hashim dan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin.

Menurutnya, oleh itu, penjawat awam sewajarnya mengambil peluang ini untuk bersama-sama mendapat keberkatan dan syafaat dhuha.   

“Jangan ada yang ambil kesempatan kerana masa yang diberikan adalah terhad iaitu 10 minit sahaja. Selain itu, jika ada jabatan yang ingin melaksanakannya, mereka mestilah menyediakan tempat yang bersesuaian.

“Jangan nanti ada yang ambil kesempatan dan kata kena pergi masjid, makan masa sehingga sejam. Ini tak boleh, apa yang saya maksudkannya adalah memberi galakan tetapi ia bukannya kemestian,” katanya.

No comments: