Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Pendapatan TDM Meningkat 17 Peratus

Mohamat bercakap kepada media ketika sidang media sejurus selesai Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-52 dan juga Mesyuarat Agung Luar Biasa di Hotel Permai, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Zulkipli Putra.

Syarikat milik kerajaan negeri, TDM Berhad hari ini mengumumkan hasil pendapatan kewangan bagi suku pertama berakhir tahun ini, meningkat sebanyak 17 peratus kepada RM113.9 juta berbanding RM97.5 juta, bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Manakala keuntungan bersih pula direkodkan sebanyak RM22.5 juta, pulangan daripada kerugian bersih pada tahun sebelumnya sebanyak RM2.9 juta.

Pengarah Urusan Kumpulan TDM, Dato’ Mohamat Muda berkata, peningkatan dalam prestasi kewangan didorong dari bahagian perladangan dengan harga jualan minyak sawit mentah (MSM) dan isirong sawit (PK) yang menunjukkan jumlah pengeluaran lebih tinggi.



“Bagi suku pertama tahun ini juga,  pendapatan daripada bahagian perladangan meningkat sebanyak 38 peratus kepada RM69.3 juta daripada RM50.2 juta bagi tempoh yang sama tahun lalu.

“Harga jualan purata setiap tan MSM dan PK meningkat masing-masing kepada RM3,256 dan RM3,204, berbanding dengan RM2,431 (minyak sawit mentah) dan RM2,103 (isirong sawit) tahun lepas. Sejurus itu, dari tahun ke tahun, pengeluaran MSM meningkat sebanyak empat peratus, manakala pengeluaran PK pula meningkat sebanyak  tujuh peratus,”katanya. 

Beliau berkata demikian kepada media selepas selesai Mesyuarat Agung Tahunan ke-52 dan juga Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM), di Hotel Permai, Kuala Terengganu, hari ini.

Menurut Mohamat, pada suku yang sama juga, TDM mencatatkan 94 peratus penjualan minyak sawit mampan yang diperakui (CSPO) daripada jumlah pengeluaran.

Katanya, penjualan CSPO premium dikutip daripada RM134  per tan metrik dan RM82 per tan metrik untuk Identify Preserved and Mass Balance.

Selain itu, kami juga mencatatkan jualan sulung isirong sawit mampan yang diperakui,  pada suku tersebut terdiri daripada 1,542 tan metrik Identify Preserved dan 724 Mass Balance pada premium sebanyak RM120 per tan metrik dan RM70 per tan metrik.



Tambah beliau lagi, TDM  memulakan 2017 dengan prestasi baik dan kukuh dari bahagian perladangan.

“Kami akan terus melabur dalam kemampanan jangka panjang perniagaan kami dengan menjalankan aktiviti penanaman semula reka bentuk susun atur ladang baru, yang telah dioptimumkan untuk penanaman kepadatan yang lebih tinggi, membolehkan kita untuk menanam lebih banyak pokok sehektar dan untuk meningkatkan tahap penggunaan jentera di ladang kami. Ini dijangka meningkatkan produktiviti dan kecekapan lading kami dalam jangka panjang.

Menurut beliau lagi, bhagian penjagaan kesihatan melaporkan pendapatan sebanyak RM44.6 juta pada suku pertama tahun ini, berbanding dengan RM47.4 juta pada tahun sebelumnya disebabkan oleh dua peratus penurunan dalam jumlah pesakit dalaman.

Dalam tempoh yang sama itu, TDM juga menanggung kos kakitangan yang lebih tinggi disebabkan keperluan peraturan baru oleh Kementerian Kesihatan berkaitan dengan peningkatan dalam kakitangan bagi nisbah katil daripada 1:6 ke 1:2.

“Kami memperkenalkan kaedah perkhidmatan baru dan menaik taraf kemudahan perubatan di hospital pakar komuniti kami untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti yang lebih baik untuk pesakit kami. 

"Kami percaya ini akan meningkatkan aspirasi kami untuk menjadi peneraju dalam menyediakan penjagaan kesihatan pertengahan yang berpatutkan di kawasan kami beroperasi,” katanya lagi.

Pada suku tersebut, TDM turut menjana aliran tunai operasi bersih RM27.4 juta, berbanding RM5.7 juta pada tahun sebelumnya. 

Malah, aliran tunai dan baki di bank masih mengukuh kepada RM141.1 juta pada akhir Mac 2017, berbanding RM122.2 juta pada akhir Disember  tahun lalu. 

Manakala jumlah pinjaman kekal tidak berubah pada RM824.0 juta, sementara aset bersih sesaham meningkat kepada 89 sen sesaham, daripada 87 sen sesaham sebelumnya.


No comments: