Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Pemimpin UMNO dan PAS Duduk Sepentas Di Marang

Shabery bersama Abdul Hadi ketika sarapan pada   majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Jabatan Perikanan dan Petronas di Dataran Marang, Marang,  hari ini. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail

“Pemimpin UMNO dan PAS boleh duduk di pentas yang sama  untuk menyelesaikan masalah rakyat dan tidak akan menjadikan perbezaan fahaman politik sebagai alasan.

“Apa yang diperkatakan itu boleh dilihat hari ini dan juga sebelum ini,  pimpinan kerajaan berdiri di atas satu platform dengan pimpinan PAS demi menyelesaikan masalah nelayan khususnya di daerah ini,”kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek,


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Tukun Tiruan "Rig To Reef" dan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Jabatan Perikanan dan Petronas di Dataran Marang, Marang,  hari ini.

Shabery berkata, pimpinan atasan parti politik sudah menunjukkan contoh bahawa kepentingan rakyat di peringkat akar umbi mengatasi perbezaan politik.

"Kita boleh lihat beberapa kali Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak boleh berada di atas pentas sama bersama Presiden PAS, Dato’  Seri Abdul Hadi Awang atas isu Rohingya.

"Tetapi yang sukar ialah untuk merapatkan hati-hati di kalangan kita rakyat di peringkat bawah tetapi ini menjadi (kenyataan) pada hari ini," katanya


Turut hadir Abdul Hadi; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan, Perladangan da Komoditi Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Negeri, A Latiff Awang merangkap Ketua UMNO bahagian Marang dan Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Zawawi Ali.


Ahmad Shabery dan Abdul Hadi kemudian menaiki bot bersama rombongan ke perairan Pulau Kapas menyaksikan kerja-kerja menurunkan tukun tiruan dan bubu.

Sementara itu, Ahmad Shabery berkata, kerjasama antara Jabatan Perikanan Negeri dengan PETRONAS merangkumi usaha melabuhkan tukun tiruan daripada pelantar minyak terpakai di perairan perikanan Malaysia, yang mana konsep itu dikenali sebagai "Rig to Reef".

"Kerjasama dengan PETRONAS adalah permulaan yang baik bagi usaha meningkatkan pendapatan nelayan," katanya.

No comments: