Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Pemimpin Bersama Komuniti Di Felda Selasih Meriah


Lebih 2,000 hadir menjayakan program Pemimpin Bersama Rakyat bersama Ahli Parlimen Setiu, Che Mohd Zulkifly Jusoh Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar dan yang diadakan di Felda Selasih, Parlimen Setiu, hari ini.
Program yang bermula jam 8.30 pagi itu didahului ucapan Pengerusi J3K Felda Selasih, Wan Nawi Wan Kadir dan diikuti ucapan oleh Iskandar sebelum ucapan perasmian oleh Che Mohd Zulkifly.
Dalam ucapannya, kedua-dua pemimpin itu mahu orang ramai terus memberi sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional pada pilihanraya umum akan datang supaya rakyat dapat terus menikmati kehidupan yang sejahtera dan menerima pelbagai bantuan yang diberi oleh kerajaan.
Kedua-dua pemimpin itu juga mengingatkan hadirin supaya tidak mudah percaya dengan beberapa tohmahan yang dilemparkan kepada kerajaan melalui media sosial hari ini.
Antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan futsal, tendangan penalti bola padang, jaringan bola jaring, berbasikal oleh kanak-kanak sekolah dan remaja, pertandingan gubahan, gerai jualan, 'booth' Askar Wataniah, Bomba dan JPJ.
Pertandingan lumba basikal sejauh 35 kilometer turut diadakan dan disertai 200 peserta dari beberapa negeri yang berakhir di kawasan Air Terjun Selasih.
Turut diadakan juga ialah pemeriksaan kesihatan percuma oleh Komuniti Sihat.
Seramai 280 remaja dari beberapa kampung di DUN Jabi menerima dana Transformasi Orang Muda (TOM) tadi.
Program berakhir kira-kira jam 1 petang dengan majlis penyampaian hadiah dan jamuan makan tengahari dengan lauk gulai kawah.

No comments: