Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Peluang Pekerjaan Jadi Aspirasi Orang Muda



Peluang pekerjaan yang mencukupi untuk orang muda merupakan antara aspirasi paling popular yang disuarakan oleh golongan belia Terengganu sepanjang dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50), kata Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat.

Beliau  sebagai moderator dialog itu, berkata sesi dialog TN50 yang dilaksanakan setiap daerah mengikut arahan Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia akan membincangkan mengenai aspirasi, cadangan dan harapan golongan belia bagi membantu serta memperkasakan hala tuju negara mencapai TN50.

Jelasnya lagi, program dialog dan pengumpulan aspirasi TN50 kini memasuki fasa ke empat di Hulu Terengganu yang akan diteruskan dengan penglibatan keseluruhan daerah di negeri ini dan dijangka berakhir sebelum bulan Ramadan ini.

"Setakat ini, saya berpuas hati kerana ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada golongan anak muda.

"Sebahagian besar golongan anak muda di peringkat akar umbi memberi maklum balas yang amat bagus, cadangan dan sebagainya untuk kita realisasikan konsep TN50 di peringkat daerah kita sendiri, bukan sahaja di peringkat nasional,"kata Rozi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Transformasi Nasional 2050 (TN50) Peringkat Daerah Hulu Terengganu di Dewan Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Diman, Ajil, malam tadi.

Turut hadir sebagai ahli panel TN50, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil.



Program TN50 yang dianjurkan oleh Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Hulu Terengganu dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu mendapat sambutan hangat dengan kehadiran lebih 300 belia daripada pelbagai agensi dan persatuan.

Wakil Badan Gabungan Persekutuan Pengakap Malaysia Hulu Terengganu, Idayu Abdul Alias Bakar,38, berkata dengan berdialog, ia membuka peluang yang diimpikan oleh sesetengah golongan dan dengan harapan dapat didengar oleh pihak atasan.

"Melalui TN50, saya harap suara kita didengari, impian kita di peringkat akar umbi akan menjadi satu kenyataan,"katanya.

Manakala wakil Badan Gabungan Majlis Belia Felda Hulu Terengganu, Mohd Khairil Sabri berpendapat TN50 adalah satu medan penyampaian suara dan hasrat orang muda kepada kerajaan.

"Contohnya hasrat belia Felda di Hulu Terengganu...apa yang kita nak ada di daerah ini melalui konsep pembinaan atau konsep satu transformasi pendidikan,hak-hak perniagaan atau hak-hak yang seiring dengan kehendak rakyat khasnya belia.

"TN50 adalah masa depan belia hari ini,apa yang kami suarakan pada hari ini ketika ini bakal tercatat sebagai salah satu perlaksanaan menjelang 2050.Syabas kepada kerajaan kerana dapat menerima pendapat dan merealisasikan lontaran idea kami semua,"katanya.

No comments: