Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

PBT Pantau Kebersihan Bazar Ramadan



Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Kesihatan negeri diarahkan tidak berkompromi dalam menguatkuasakan peraturan terutamanya membabitkan kebersihan makanan.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,  Sains, Teknologi dan Tranformasi Kerajaan, A Latiff Awang betkata, peniaga yang didapati mengabaikan tanggungjawab menjaga kebersihan selain menjual makanan basi terutamanya di bazar ramadan perlu diambil tindakan tegas.

Katanya, kerajaan negeri mengutamakan keselamatan serta kesihatan pengguna dan pihak berkenaan diminta tidak berkompromi dalam menguatkuasakan peraturan.

"Selain pemantauan dan pemeriksaan di semua gerai oleh PBT dan pegawai penguatkuasa Kesihatan, pengguna juga perlu menggunakan kuasa belinya.

"Kerajaan negeri tidak mahu ada kes keracunan makanan berlaku terutamanya membabitkan pengguna disebabkan membeli malanan yang dikitar semula oleh peniaga," katanya ketika ditemui selepas kempen kebersihan dan keselamatan makanan serta nafas baru bermula ramadan di pasar ramadan kampung binjai rendah, Marang, petang semalam.

Turut hadir adalah Timbalan Pengarah Kesihatan negeri, Dr Mohamad Jusoh.
A. Latiff yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan berkata, hasil pemantauan dilakukan sejak semalam, tahap kebersihan semua gerai berada ditahap paling bersih.

"Kita minta semua peniaga di bazar ramadan mengekalkan tahap kebersihan sehingga berakhirnya bulan ramadan.

"PBT dan pegawai penguatkuasa Kesihatan akan ditempatkan di semua tapak bazar ramadan untuk melakukan pemeriksaan secara berkala termasuk menguji kebersihan makanan," katanya.



No comments: