Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Minggu PKS Terengganu Sasar 20,000 Pengunjung


Nawi menyampaikansijil penghargaan anugerah usahawan di bawah Pengerusi Jawatankuasa Kecil Majlis Sekretariat Pembangunan Usahawan Terengganu di Dewan Serbaguna YPU, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.
Kerajaan negeri menyasarkan 20,000 pengunjung akan mengunjungi Karnival Minggu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Terengganu Peringkat Kebangsaan di Terengganu Trade Center, Kuala Terengganu sepanjang lima hari bermula 17 Mei ini.

Karnival dengan kerjasama SME Corporation Malaysia (SME Corp.) Terengganu dan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) bagi edisi keenam itu akan menggabungkan beberapa program kerajaan seperti pameran produk terbaik terutama tekstil seperti songket dan makanan tradisi mengikut daerah masing-masing, yang turut melibatkan pengusaha dari Pahang dan Kelantan menerusi Satu Daerah Satu Industri (SDSI)  Zon Timur.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohammad berkata, program Mini Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) dan `My Farm Outlet’ oleh Jabatan Pertanian serta FAMA juga akan menawarkan produk pertanian terus dari petani dengan harga yang lebih murah.

“Pasar Ternakan Hidup yang dikendalikan oleh Jabatan Veterinar turut menawarkan jualan haiwan ternakan secara langsung kepada pengunjung. Ini sekali gus bertepatan dengan saranan kerajaan ke arah mengoptimumkan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

“Selain itu, karnival kali ini juga akan dikunjungi oleh delegasi asing daripada pelbagai negara seperti Singapura, Brunei, Myanmar, Vietnam, Indonesia, Thailand, Laos dan juga dari Jerman serta Amerika Syarikat. Ini adalah bersempena Mesyuarat Koordinasi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana Asean (ACCSME) yang memberi pengiktirafan kepada Terengganu mewakili Malaysia sebagai tuan rumah bersempena Visit Beautiful Terengganu 2017,”katanya.


Beliau berkata demikian kepada media sempena pra pelancaran Karnival Minggu PKS Terengganu Peringkat Kebangsaan 2017, di Dewan Serbaguna YPU, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut Hadir, Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Dr Tengku Khairi A Rahman.

Nawi berkata, karnival berkenaan bukan sahaja mempamerkan produk Terengganu kepada pembeli tempatan tetapi juga mampu memainkan peranan penting kepada pembangunan PKS Terengganu serta mempromosi produk dan perkhidmatan halal ke pasaran luar terutama Asean.


Tambahnya lagi, penekanan kepada produk halal adalah satu fokus yang akan diberi keutamaan pada karnival kali ini.

No comments: