Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

MBKT Sedia 2,360 Tapak Niaga Bazar Ramadan

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika membuat tinjauan di Bazar Ramadan Shah Bandar pada tahun lalu.
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menyediakan 2,360 tapak niaga bazar Ramadan di 17 lokasi sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus pada tahun ini bagi membolehkan peniaga menjual pelbagai juadah berbuka puasa.

Jumlah itu membabitkan 11 lokasi di Kuala Terengganu termasuk Chabang Tiga, Pasar Manir, Pasar Bukit Besar, Batu Burok, Taman Permint Jaya, Pengadang Baru, Jalan Budiman, Kuala Ibai dan Shah Bandar.

Manakala enam kawasan di Kuala Nerus membabitkan Pasar Batu Enam, Wakaf Tengah, Gong Badak, Pasar Teluk Ketapang, Pasar Bukit Tunggal dan Pulau Duyong.

Datuk Bandar MBKT, Mohd Zulkifli Abu Bakar berkata, sebanyak lima lokasi pula diluluskan untuk jualan pelbagai dan barangan kering termasuk pakaian, kelengkapan raya dan biskut raya.

Katanya, daripada jumlah itu tiga lokasi iaitu Pasar Payang, Batas Baru dan tapak Pasarnita, Kampung Tanjung  dibenarkan berniaga sepanjang Ramadan.

“Hanya peniaga di Jalan Paya Keladi dan perkarangan depan PB Square, dibenarkan berusniaga mulai 12 Mei atau 15 Ramadan terakhir,” katanya ketika dihubungi Teganukita.

Menurutnya, semua peniaga bazar Ramadan dibenarkan berniaga selepas jam 3 petang kecuali yang menjual barangan pelbagai.

Tambahnya, peniaga juga diingatkan tidak mengabai aspek kebersihan dan kualiti makanan yang disediakan dalam mencari keuntungan.

“Bagi tujuan itu, penguatkuasa kesihatan MBKT dengan kerjasama Jabatan Kesihatan negeri akan mengadakan pemeriksaan dan pemantauan secara berkala pada setiap hari sepanjang Ramadan,”katanya.

Zulkifli berkata, kerja-kerja pemantauan merangkumi semua aspek termasuk kebersihan makanan, persekitaran, peralatan memasak dan kebersihan dan tahap kesihatan peniaga serta pekerja.

“Selain perlu mendapatkan suntikan vaksin seminggu sebelum berniaga, mereka perlu memakai tanda nama, mempamerkan perakuan kad kesihatan dan memakai apron serta penutup kepala ketika berurusniaga," katanya.

No comments: