Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

MB Bersarapan Bersama Ketua Perwakilan Asing

Ahmad Razif dan isteri bergambar bersama ketua perwakilan asing di Duyong Marina & Resort Terengganu, pagi ini. Foto oleh: Zulkifli C.W. Putra
Di sebalik kesibukan tugas, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman sempat meluangkan masa bersarapan bersama 18 orang ketua perwakilan asing di Duyong Marina & Resort Terengganu, pagi ini.

Ketibaan duta-duta dari negara luar seperti Kanada, Turki, Afrika Selatan, Kenya, Uganda, Cuba, Republik Korea serta Nigeria itu adalah sempena lawatan ke Terengganu selama tiga hari bermula semalam.


Menteri Besar tiba kira-kira 8.30 pagi bersama isteri To’ Puan Seri Halina Zakaria
diiringi Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Rosman Roslan dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin.

Ahmad Razif meluangkan masa kira-kira 30 minit beramah-mesra dan bersarapan bersama para kedutaan.


Beliau turut menyampaikan cenderahati kepada delegasi berkenaan yang akan meneruskan lawatan hari ini dengan melawat beberapa lokasi menarik dan bersejarah di Terengganu antaranya Taman Monumen di Taman Tamadun Islam, Muzium Negeri, Kampung Cina dan Kompleks Nor Arfa Batik.


No comments: