Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Maksak Terengganu Sasar Kumpul Lebih Banyak Stok Darah

Wan Nawawi beramah mesra dengan seorang penderma darah pada program derma darah anjuran Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (Maksak) Terengganu bersama Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Terengganu di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. Putra

Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (Maksak) Terengganu bersama Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Terengganu, mengadakan program derma darah di Wisma Darul Iman, hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail berkata, melalui program itu (Maksak) Terengganu menyasarkan untuk mengumpul lebih banyak unit beg darah sebagai menyahut kempen menambah stok darah Unit Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

“Jumlah pain darah yang terkumpul pada tahun ini dijangka bertambah berdasarkan peningkatan peserta iaitu seramai 400 orang terdiri daripada pelbagai jabatan dan juga orang awam.

“Berbanding tahun lalu, 300 orang telah menderma darah dan merekodkan sebanyak 237 unit beg darah yang terkumpul,” ujarnya ketika berucap merasmikan program tersebut di Dewan Teater, Wisma Darul Iman, hari ini.


Wan Nawawi yang juga merangkap Yang Dipertua (Maksak)Terengganu berkata, amalan menderma darah merupakan salah satu ibadah dan khidmat terbesar yang boleh dilakukan oleh penjawat awam khususnya untuk kepentingan masyarakat yang memerlukan bekalan darah.

“Terima kasih kepada mereka kerana sudi mendermakan darah kerana setiap pain darah yang didermakan mungkin dapat menyelamatkan nyawa orang lain termasuk keluarga terdekat.

“Justeru, kempen-kempen kesedaran harus dipergiatkan lagi untuk memastikan bilangan penderma khususnya yang secara sukarela untuk menderma darah secara berkala terus bertambah,” ujarnya.

Katanya, program tahunan dengan kerjasama Puspanita dan Unit Tabung Darah HSNZ adalah satu aktiviti kebajikan yang dijadikan acara tahunan Maksak Terengganu.

No comments: