Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Makam Mangsa Tsunami Tanpa Batu Nisan

Perkuburan Massal Banda Aceh.
Foto Oleh:Tengku Syamim

Tanah Perkuburan Massal di Jalan Bandara International Iskandar Muda, Aceh Besar menempatkan jasad 46,718 mangsa korban tsunami pada 26 Disember 2004 kini menjadi tinggalan monumen memperingati kejadian terburuk dekad ini.

Mengikut maklumat yang diperolehi, tanah seluas dua hektar yang dijadikan perkuburan itu telah diwakafkan oleh beberapa orang penduduk kampung untuk menempatkan jasad mangsa tsunami tanpa sebarang balasan.

Ketika delegasi kami berkunjung ke Massal, ianya tidak seperti perkuburan biasa, pemakaman tersebut tidak mempunyai batu nisan, nama atau tarikh. Sebaliknya hanya hamparan rumput hijau terpampang di mata tanpa sebarang tanda dan terasa satu perasaan sayu di dalam hati masing-masing yang berada di situ.

Kebanyakan ahli keluarga yang masih hidup tidak tahu di mana kubur ayah, ibu dan adik beradik mereka yang terkorban malah belum juga pasti jasad yang tertanam itu adakah di kalangan ahli keluarga mereka yang hilang.

Menurut pemandu pelancong kami Syahruzal Mohd Nazir, walaupun mereka tidak tahu di mana jasad itu terkubur namun yang tinggal tetap berkunjung ke Massal untuk mengalunkan doa dan menghadiahkan Surah Yassin sambil menaburkan bunga untuk ahli keluarga yang tercinta.

Penjual Bunga Di Tanah Perkuburan  Massal

Tsunami pada 26 Disember 2004  mengorbankan lebih dari 230,000 orang dari 14 negara dengan sebahagian besar korban adalah warga Aceh.

Gelombang berketinggian lebih dari 10 meter dengan gempa berkekuatan 8.9 skala Richter dengan pusat gempa 32 kilometer dari pantai Meulaboh Aceh. Tsunami 2004 meranapkan seluruh pesisir barat Aceh, bahkan air menjangkau Banda Aceh sejauh tujuh kilometer.

No comments: