Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Lebih 12,000 Ahli UMNO Sertai Larian Bendera


Kira-kira 12,000 peserta yang terdiri daripada ahli UMNO di lima bahagian di negeri ini  menyertai larian bendera sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-71 peringkat negeri bermula di Besut dan berakhir di Kemaman petang esok.

Larian yang membabitkan ahli Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO itu dimulakan dengan menerima bendera daripada UMNO Kelantan di  sempadan Kampung Pachakan , Kuala Besut pada 4 Mei lalu.


Bendera diserahkan oleh UMNO Kelantan yang diwakili Setiausahanya, Datuk Hanafi Mamat kepada  Setiausaha Umno Perhubungan Negeri Terengganu, Dato' Muhammad Pehemi Yusof.

Sejurus menerima bendera UMNO, Pehimi dan barisan UMNO bahagian Besut  meneruskan  konvoi bermotosikal dan juga 4×4 yang dihiasi bendera parti menuju ke Dataran Ketara untuk diserahkan kepada UMNO bahagian Setiu yang diwakili Ketua Pemudanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Iskandar Jaafar.


Pada 5 Mei (Jumaat) Naib Ketua UMNO bahagian Setiu, Bazlan Abdul Rahman menyerahkan bendera kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO negeri merangkap Ketua Pemuda UMNO Hulu Terengganu, Johari Abu Bakar di hadapan Pejabat UMNO bahagian Hulu Terengganu.

Larian bendera diteruskan ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil dan disambut oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ghazali Taib.

Peserta yang menaiki lebih 150 kenderaan pacuan empat roda ke DUN Manir kemudian disambut oleh Pengerusi Penyelaras DUN Manir, Yusof Awang Hitam.


Acara larian bendera diteruskan ke Kuala Nerus dan konvoi disambut oleh Timbalan Ketua UMNO bahagian Kuala Nerus, Dato’  Basir Ismail di Dataran Austin, Kuala Nerus.

Acara konvoi bendera ditukar kepada larian apabila Basir yang juga Pegawai Pembangunan Kuala Nerus yang mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengetuai larian sejauh kira-kira 25 kilometer untuk menyerahkan bendera kepada Ketua UMNO bahagian Kuala Terengganu, Dato’  Mohd Sabri Alwi petang semalam.


Larian bendera diketuai Basir dan disertai lebih 2,000 peserta disambut oleh Mohd Sabri yang juga Pegawai Pembangunan DUN Ladang.


Larian diteruskan pada pagi ini untuk menyerahkan bendera kepada UMNO Bahagian Marangk kemudian di Dungun sebelum berakhir di Kemaman, petang esok.

No comments: