Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Lawatan SUK Setiap Daerah Beri Input Mantapkan Pentadbiran

Wan Nawawi bersalaman dengan pegawai kerajaan negeri yang ditemui sempena program lawatan kerja sehari ke Dungun, semalam. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kasim

Program lawatan kerja Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) ke setiap daerah bukan sahaja banyak memberi idea dan manfaat untuk memantapkan pentadbiran negeri, malah membuka ruang interaksi yang lebih erat antara pentadbiran peringkat negeri dan juga daerah.

SUK, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail berkata, lawatan yang memasuki siri terakhir di Dungun memberinya gambaran lebih jelas proses dan perjalanan pentadbiran peringkat daerah menerusi taklimat selain dapat bertukar pandangan dan beramah mesra dengan ketua-ketua jabatan.

Beliau berkata, taklimat yang diadakan di setiap daerah bermula di Kemaman dan seterusnya ke daerah-daerah lain itu dipantau oleh jawatankuasa pembangunan negeri yang dipengerusikan beliau sendiri.


“Apabila turun ke daerah-daerah ini, kita dapat berinterkasi dengan lebih dekat dengan golongan sasar dan masa yang sama, sebarang maklumat boleh disampaikan secara terus,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi taklimat ringkas berkaitan pembangunan daerah Dungun oleh Pegawai Daerah Dungun, Ibrahim Mohamad di Pejabat Daerah Dungun, semalam.


Turut serta dalam lawatan itu, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Rosman Roslan dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin.

Pada lawatan itu juga, Wan Nawawi sempat beramah-mesra dengan kakitangan jabatan itu, sekali gus menjadi platform untuk beliau merapatkan hubungan dan mendengar permasalahan serta pandangan daripada pegawai dan juga kakitangan kerajaan negeri.



No comments: